Salam Ukhwah

Sunday, June 20, 2010

Bagaikan Khadijah dihati Rasulullah...


Semalam sementara nak tunggu bas nak balik Kuantan bergerak kul 11 pagi.. nengok jam ditangan baru 10.15 pagi jadi saya ambil peluang melangkah masuk ke sebuah kedai buku ’Pustaka Azhar’ yang sangat menarik perhatian saya dengan alunan bacaan ayat al-quraan, surah Al-Mulk sedang bekumandang memenuhi sebahagian ruang di Terminal Larkin..

Sangat menarik disini sebabnya banyak sangat pilihan buku-buku yang kaya degan informasi / ilmu. Belek punya belek hati saya tertarik dengan satu buku ini. Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah.. baca mukadimah sket maka saya terus ke kaunter dan bayar.

Naik bas dan sementara bas nak begerak saya sempat baca sket-sket... dan dalam hati saya berkata ‘memang buku ini sesuai sangat untuk diri aku’ .. betapa ALLAH maha mengetahui, betullah DIA tahu apa yang ada dalam hati kita. DIA melihat situasi & keadaan kita.. Cuma kita saja kadang2 terlepas pandang bahawa diri kita & hidup kita nih sentiasa diawasi oleh-NYA. Disaat hati & perasaan yang tak berapa nak tenteram... disaat hati yang tercari-cari.. disaat hati yang gundah gulana maka dengan izin-NYA juga saya ketemu buku ini. Wal hal buku nih sebenarnya dah lama terbit dan melambak kat mana2 kedai buku agama. Mungkin sebelum nih belum jodoh saya nak bertemu dengan buku ni. DIA telah mengerakkan hati saya untuk melangkah masuk ke Pustaka Azhar dan memiliki naskah indah ini.. Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah

Antara yang menarik...

Isteri mengimpikan suami sehebat Rasulullah, suami pula mengimpikan isteri setabah Khadijah

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Tidak kurang pula ada yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal dari dua keluarga yang berbezaa segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

-Bagaimana mahu menjadi isteri pujaan suami?
-Apakah petua kasih dan bahagia?
-Benarkah sekiranya sudah jodoh tak ke mana?
-Sejauh manakah isteri berhaya mengurut ego suami?
-Adakah amalan doa dapat mengharmonikan hubungan suami isteri?
-Siapakah orang pertama yang perlu ditambat hatinya?

Buku ini mampu menjawab segala persoalan yang selalu bermain di minda si teruna dan dara yang masih mencari calon mahupun yang sudah ada calon, termasuk pasangan suami isteri yang sedang melayari alam perkahwinan.

Buku ini menjawab persoalan yang selalu bermain di minda pasangan bagaimana untuk menjadi isteri atau suami pujaan, apakah petua untuk membuat kasih sayang terus mekar dan benarkan jika sudah jodoh tidak ke mana.
Ibarat perjalanan ke arah kematangan, buku ini membongkar rahsia cinta dan perhubungan bermula dengan memahami Bahasa Cinta Lelaki, Magnet Cinta: Membuat Orang Tertarik Hati Setiap Masa dan 77 Panduan Melembutkan Hati Lelaki.

Jangan tak percaya, ada sembilan kesilapan dilakukan lelaki apabila membina perhubungan seperti mengharapkan tuah setiap masa, tidak seimbang dalam kehidupan, terlalu mencari pasangan klon diri dan selebihnya, dapatkan buku ini.
Hakikatnya, kita boleh menjadi Khadijah di hati Rasulullah kerana ramuan kebahagiaan hidup termasuk dalam berumahtangga sudah disajikan melalui penjelasan syarak bagaimana kehidupan perlu dilalui memenuhi fitrah.
SuaraHati: Sedang dalam usaha untuk mendidik hati agar menjadi isteri yang diredhai dan isteri yang membahagiakan suaminya... namun diri ini masih kaya dengan kelemahan-kelemahan yang merenjatkan usaha murni ini... doa dari suami sangatlah diharap2kan sebagai penguat.. Doakan isterimu ini..


3 comments:

BAKKAD said...

salam maju jaya dunia akhirat

Liya said...

InsyaAllah.. sama2 lah kita berusaha menjadi isteri yang sempurna di mata suami dan bersama menuju ke arah keredhaanNya..Amin..

Jasmin said...

insyaALLAH kan lia ek...