Salam Ukhwah

Tuesday, June 29, 2010

Ayah...

Entry aku kali ni sengaja nak becerita & menukilkan tentang AYAH. Bukan juga sempena hari bapa.. tetapi kerana hati ingin meluah rasa.. tiada harta & tiada menda untuk diberikan kepada ayah melain hanya luahan hati yang penuh rasa. Kerana bagi aku hari-hari adalah hari bapa.. & hari-hari adalah hari ibu. 365 hari wajib menginggati & mengenang jasa ibu ayah dan 365 hari juga wajib mendoakan ke-2nya dan 365 hari juga mereka berhak dibahagiakan hingga ke hujung usianya.


ADNAN BIN IBRAHIM. Ayah lahir kalau ikut catatan kad pengenalan pada 16/06/1944. Menurut ayah tarikh ni tak tepat, yang tepat tidak sure sangat sebabnya ayah kata orang zaman dulu main letak dan main agak-agak jek... anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik. Ayah menjadi anak yatim apabila emaknya (Habsah bt Mahmud Baginda) meninggal dunia tika itu usia ayah dalam 3 tahun dan ayahnya (Ibrahim bin Baharin) pula ikut kembali bertemu Maha Pencipta ketika usianya memasuki 6 tahun
Dibesarkan sebagai anak yatim piatu bukanlah sesuatu yang mudah pada zaman tu. Ayah hanya bersekolah sampai darjah empat (4) dek kerana keperitahan & serba kurang maka ayah tiada peluang untuk terus bersekolah.. Ayah boleh menulis dan membaca dengan baik. Penah ayah bekerja sebagai pengutip bola tenis semata-mata untuk mencari duit belanja sekolah. Tulisan rumi & jawi ayah memang cantik kalah tulisan anak dia yg belajar sampai menengah.
Diawal perkahwinan 1961 Ayah hanya berkerja kampung berusaha bersama rakan taulannya membuka tanah di Kg. Kijang dan sesekali berkhidmat sebagai Guru Murid Dewasa yang bergaji sekitar RM80.00 sebulan. Disitu ayah membesarkan 7 orang anak-anaknya dengan segala macam usaha yang dilakukan.
Disember 1976 time tu aku baru berusia 3 bulan, Ayah seterusnya berhijrah & menetap di Felda Jenderak Utara hingga kini sebagai peneroka felda. Banyak perkara baru yang ayah lalui disitu, namun dengan sejarah ayah dibesarkan sebagai anak yatim piatu, banyak mengajar ayah & menjadikannya ayah seorang yang berdikari & berhati cekal. Sesekali ayah sengaja bercerita kisah silamnya bagaimana keperitan zaman kanak-kanaknya juga kesusahan zaman remajanya kepada anak-anaknya yang telah dilalui, tujuan bukan lain cuma mahu berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung agar anak-anaknya mahu mengambil pengajaran & pelajaran dari ceritanya..
Ayahku ini sekali pandang memang nampak macam seorang yang garang. Tetapi dalam ketegasan ayah dia kaya dengan sifat penyayangnya. Ayah sangat berfikiran positif dan seorang yang baik hatinya serta pemurah. Ayah sangat suka menolong orang lain yang dalam kesusahan walaupun pada masa yang sama ayah juga layak dibantu dek kerana kesusahan yang ditanggung.. Ayah bukan jenis yang berdendam dengan sesiapa walau apa pun ada perkara buruk yang pernah diperlakukan ke atasnya ketika zaman kecilnya satu masa dulu.
Membesarkan anak seramai 10 orang (termasuk anaknya yang telah meninggal dunia pada usia 4thn- al-fatihah) membuatkan keseluruhan hidup ayah hanyalah disekeliling paya & denai serta pokok-pokok getah untuk mempastikan anak-anaknya cukup makan.

Kalau duk perhatikan ayah time dia sedang tidur, ishhh tersentuhnya rasa hati ni. Dan hati berkata-kata sendiri, betapa badan yang dulu tegap dan gagah tapi sekarang dah semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambutnya putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Lelaki inilah yang tiap hari bekerja keras tanpa jemu untuk kesejahteraan anak-anaknya, Lelaki inilah rela & sanggup buat apa saja asal perut anak-anaknya kenyang dan pendidikan anaknya lancar.
Ayah ketika diberi perkhidmatan istimewa oleh cucunya -Shazwi
Melihat ayah ketika keadaan itu, satu getaran cinta yang mengalir deras & begetar-getar ketika mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ayah untuk kebahagiaan anak-anaknya Pengorbanan yang amat melelahkan serta memenatkan namun enggan diungkapkan & pastinya tidak tenilai..

Sekarang, walaupun kehidupan ayah tidaklah kaya raya tetapi ayah lebih tenang dan bahagia. Sebahagian besarnya anak ayah telah bekeluarga. Tinggal lagi yang 2nd bongsu & yang paling bongsu. Betul, anak-anak ayah tidaklah berjawatan tinggi bergaji lumayan, menjadi VIP atau pun setaraf JUSA ataupun sebagai jutawan getah dan jutawan sawit, Alhamdulillah anak cucu ayah tidaklah terlibat dengan sebarang masalah keritikal yang merungsingkan & menyerabutkan hati tuanya.

Aku masih ingat, ketika umur aku sekitar 20 tahun waktu tu pertama kali aku meninggalkan kampung berhijrah ke Johor Bahru, ayah berpesan kepada aku..

“Sekiranya kita nak yang baik maka kita kena jadi @ buat baik dulu ”

Aku pegang & ingat sampai sekarang kata-kata ini. Pada aku Ayah memang seorang yang hebat! Ayah kaya dengan kasih sayang kepada anak-anaknya. Tiada beza kasih & perhatian yang dicurahkan kepada anak-anak sehingga masing-masing antara kami tertanya-tanya agaknya...


Anak yang mana satu rapat @ dekat dihatinya?

Adakah Kak Long ? Abg Ngah? Kak Der? Kak Sima? Abg Amir? Abg Su? Atau aku sendiri... atau akak chik? Ataupun anak bongsunya Nurhidayah..???

pun tiada jawapan pada kami, kerana tidak kelihatan walau secuit beza kasih & perhatian yang diberikan oleh ayah kepada anak-anaknya.


Nukilan yang tak seberapa ini tidak mungkin sama sekali mampu merungkaikan segalanya tentang ayah, kerana apa yang pernah dilakukan untuk anak-anaknya tidak dapat diukur & tidak dapat dihitung. Semoga Allah berikan ayah umur yang panjang dalam keberkatan serta nikmat kesihatan yang berpanjangan dan semoga ayah dalam perlindunganNya selalu


SuaraHati : Bangga sangat jadi anak ayah... pasni nak story pasal wanita hebat iaitu 'emak'

3 comments:

NuRuLeRnAdEwI said...

Alhamdulillah...
Kita masih punya Ayah...
tiada ungkapan... tiada kata yang mampu dilafazkan untuk seorang ayah.. siapalah kita tanpa diri seorg yang bergelar ayah...

Semoga kita dapat terus berbakti... membalas jasa... memberi kegembiraan, kesenangan dan ketenangan di hati mereka...

Anonymous said...

sesaat membaca nukilan tentang ayah ni...terus mengalir air mata...
baris demi baris yang dibaca bersama kenangan demi kenangan kisah silam selama usia bersama ayah...
syahdu....sayang ayah sangat-sangat

kalau tentang mak mungkin kering air mata....tak dapat digambarkan betapa sayang pda mak...

kakchik_Elly said...

erm sedey tak kala mbaca nukkilan tentang ayah kesayangan ini...