Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi.. urusan pindah rumah telah berjalan dengan lancar. Angkat barang hari isnin dibantu oleh jiran beserta 2 orang driver lori. Start daripada dapat kunci pada 23-3-2010 yang lepas saya & suami sibuk menguruskan rumah kerana kami terpaksa pindah lebih awal memandangkan rumah yang kami sewa ada akan dihuni oleh orang lain pada 24hb ni.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sekali lagi Syukur sangat-sangat kerana ALLAH bagi peluang & kudrat untuk menduduki rumah sendiri... Wahai diri... perlu sedar bahawa rumah yang dimiliki ini hanyalah pinjaman semata-mata dari-NYA. Dengan izin-Nya juga maka kami mampu menguruskannya.