Salam Ukhwah

Sunday, January 10, 2010

Perjalanan Yang Panjang Baru Bermula

Ia sebenarnya baru bermula. Ia baru langkah permulaan. Itulah kta-kata yang boleh digambarkan bilamana melihat jenazah muslim dikembumikan di dalam liang lahad.
Kenapa kita mengatakan suasana itu langkah permulaannya? Bukankah sudah bertahun-tahun ia bermukimkan di perkampungan fana ini? Bukankah kematian itu merehatkannya daripada penat dan lelah dunia?
Memang benar, perjalanan hidupnya di dunia telah sampai ke titik noktahnya. Namun, yang baru bermula adalah perjalanan akhiratnya. Safar akhirat yang panjangnya tiada berpenghujung.
Bagi ahli dunia, segalanya dikira selesai (habis cerita) saat nisan dipacak kemas di permukaan timbunan tanah yang masih merah.
Tetapi bagi ahli akhirat, oh…. Hanya Allah SWT yang maha tahu. Jenazah si fulan bin si fulan baru sahaja dipersiapkan untuk memulakan perjalanan yang amat panjang.
Sabda Nabi SAW : “Sesunguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama bagi alam akhirat.” (Riwayat at-Termizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Sama ada suka tak suka, besedia atau tidak bersedia, dia mesti memulakan perjalanan akhirat ini. Perjalanan yang menyaksikan betapa kerdil, bodoh, lemah serta amat jahil sekali diri. Perjalanan yang menyingkap betapa ia baru tersedar, terkejut dan tersentak daripada lamunan (mimpi) yang panjang, hidup di dunia bagai katak di bawah tempurung. Kini, di depan matanya bukan perjalanan fantasi lagi Ia adalah perjalanan realiti, pasti lagi hakiki.
“Arghh!.. Jahanam! Celaka!” Begitulah bayangan kekejutan mereka yang mati-mati berpegang kepada andaian bahawa dunia adalah penamat segala-galanya. Bahkan itulah tempikan penasaran para pendusta yang mendustakan kehidupan dan pembalasan selepas mati.
Benar kata Nabi SAW di dalam mafhum sepotong hadis. Antara yang rehat dan rehat kerananya. Yang rehat ialah mukmin. Apabila ia mati , maka kerehatannya daripada penat lelah duia pun berakhir. Yang rehat kerananya pula ialah orang fajir; ‘orang jahat’ seperti seorang pembunuh, perombak, pengganggu keamanan, perogol bersiri, pengedar dadah, pemfitnah, ditator dan banyak lagi. Apabila matinya dia, maka orangamai pula dapat berehat daripada kejahatanya.
Maknanya, bagi para mukminin dan muttaqin, kubur yang menjadi pintu gerbang perjalanan akhiratnya itu bakal menjanjikan ‘pakej’ kerehatan yang amat panjang lagi abadi. Manakala bagi si fajir, bagai yang dikata dan disangka, maka bermulalah episod derita, episod duka yang berlatarbelakangkan air mata darah!
Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan betapa mayat para kfar ang menjerit dan menolong diseksa siang dan malam, merayu kepada Allah SWT agar disegerakan hari kiamat, kerana sudah tidak tahan dan tidak mampu menanggung kepedihan sakit yang amat sangat. “Ya Allah! Segerakanlah hari kiamat! Percepatkanlah hari berbangkit! Agar kami boleh lepas daripada kesakitan ini”.
Demikian rayuan hiba mereka.

Namun, semuanya tiada guna lagi. Kubur adalah jawapan kepada perjalanan akhirat yang panjang. Andai seseorang itu dimuliakan, mulialah dia selama-lamanya. Andai dihina, maka terhinalah berpanjangan.

Rujukan : Bawa Hatimu Kepada TUHAN – Ustaz Amaluddin Mohd Napiah
SuaraHati : Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad. Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahawa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kubur. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja...
YaALLAH... Kurniakanlah kepada kami KESUDAHAN yang baik.


No comments: