Salam Ukhwah

Thursday, January 7, 2010

Dia Tenang, Engkau pun Tenang..

Saya sedikit terkedu apabila membaca dialog antara adam dan hawa diciptakan. Beginilah lebih kurang ringkasan dialog tersebut :

Adam : Siapakah engkau?
Hawa : Aku seorang perempuan.
Adam : Kenapa engkau dicptakan?
Hawa : memberi ketenangan kepadamu


Ohh!! Rupa-rupanya kaum Hawa ni dijadika untuk kaum Adam nntuk tujuan itu. Tapi, kenapa sebahagian kaum Adam akhir zaman ni tak tenang walaupun Hawa di sisi? Apakah Hawa yang satu ni sudah lupa aal usul kejadian? Adakah hawa sudah hilang sifat wanita? Adakah hawa sudah mengambil dan mencuri sifat Adam? Kalau begitu, mana mungkin Adam ‘ori’ dan Adam tak ‘ori’ tidur satu bumbung? Mana biasa Adam ‘ori’ dapat tenang apabila Adam tak ‘ori’ sudah langgar border dan territory?


Paling kritikal, Hawa selalu lupa bahawa dirinya adalah Hawa yang penuh dengan sifat-sifat keibuan, lembah-lembut, mengambil berat, penuh kasih sayang dan sifat-sifat lain lagi. Apabila sifat-sifat ini tidak dipamerkan kepada Adam, malah sifat-sifat Adam pula yang ditonjolkan, sudah pastilah Adam jadi pusing dan hilang bahagia.


Sebagai seorang Hawa bergelar isteri, apabila engkau nak minta sesuatu daripada suami, nak memberitahu sesuatu, nak mendesak sesuatu dan sebagainya, mestilah dengan gaya dan cara seorang isteri – penuh berhikmah, bertoleransi dan diplomasi. Janganlah lagi bawa cara sebelum kahwin – saat-saat engkau dan dia bergelar boyfriend dan girlfriend. Saat-saat yang mana semua tingkah laku buruk hatta kentut busuk engkau indah dan harum di mata dan hidung dia. Saat-saat di mana dia membutakan mata dan memekakkan telinga daripada segala cacat-cela engkau, dek bahana api cinta yang menyala-nyala.


Engkau pula, demi untuk memastikan sang arjuna terus ‘tangkap leleh’ dengan engkau hingga ke jinjang pelamin, sangup bertopengkan malaikat dan bidadari sehingga dipijak semut pun engkau boleh mati. Tapi itu semua zaman seronok, syok-syok dan happy-happy. Sekarang zaman real life sebagai suami isteri yang mana semua buruk baik pribadi engkau terdedah satu-persatu. Perangai buruk dan busuk engkau masih bertali-temali sejak zaman prakahwin sehinggalah usia perkahwinan engkau sampai ke sekian tahun.


Engkau kena inggat, dia tu suami engkau. Taraf dia tinggi tau! Manalah boleh engkau becakap kasar dengan dia. Mana boleh jatuhkan maruah dia. Mana boleh cemburu buta dengan dia, mendesak itu dan ini, merendah-rendahkan keupayaan dia serta mengutamakan kerjaya sehingga terabai suami dan rumahtangga. Semua itu tak boleh!!


Habis tu apa yang boleh? Yang boleh ialah berlaku taatlah kepada dia walau macam mana pun dia. Apabila engkau menjalankan kewajipan engkau terhadap dia betul-betul, nanti ALLAH akan tenangkan hati dia. Bila dia tenang, engkau pun akan tenang juga. Begitulah sifirnya.


Firman Allah bermaksud :

“Dialah zat yang menciptakan kamu daripada satu jiwa dan menjadikan isterinya daripadanya agar dia menjadi tenang dengannya” (Al-A’raf:189)


Dipetik dari Buku ‘I Love U too’ (Badrul Hisham Shari)




SuaraHati : Banyak juga perkara yang perlu bermula daripada pihak isteri sebenarnya kan. Masih banyak perkara yang perlu diri ini cari & gali... yang perlu dipaham dan dimegertikan dalam erti kata yang sebenar. Ya ALLAH.. jadikanlah isteri yang mendamaikan.. isteri yang menenangkan.. dan juga yang mengembirakan hati suamiku.



No comments: