27hb September Selamat hari ulangtahun kelahiran buat diri sendiri, semoga dipanjangkan umur beserta ketaatan kepada-NYA. Dilimpahkan rezeki berganda dalam berkat ketaqwaan terhadap-NYA.. semoga diri sentiasa tabah menghadapi segala ujian dan dipermudahkan segala kesulitan.
Dipanjatkan kesyukuran atas segala nikmat ALLAH yang tidak terhingga... dikurniakan keluarga dan saudara mara yang bahagia, diberikan kerjaya, dikurniakan nikmat kesihatan yang baik, dan semoga dikurniakan nikmat kecukupan atas setiap kurnian-NYA.
Semakin usia meningkat maka semakin sedikit ruang dan peluang untuk mengerjakan amal ibadah... semakin singkat masa yang tinggal untuk mengumpul bahan buat bekalan DISANA nanti.. Ya ALLAH berikanlah aku kesempatan lagi...
Wahai diri... semoga sentiasa bersedia menghadapi mati, kerana tarikhnya menjadi rahsia dan teka teki, Malaikat Izrail sentiasa memerhati dan bersedia untuk menjalankan tugas dan melaksakan arahan dari ILAHI... ajal yang datang dimuka pintu tiada siapa yang memberitahu, tiada siapa pun dapat hindari dan tiada siapa yang terkecuali...
YaALLAH.. berikanlah aku sedikit lagi kesempatan dan kekuatan untuk terus mencari keredhaanMU.... Pimpinlah aku ke jalan yang ENGKAU Redhai.
Terima kasih kepada Ayah & Ibu kerana membesarkan aku sejak kecil dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
3 comments:
K.Jass......eppy belated birthday...!!hehe- rosma
tq rosma
semoga dipermudahkan urusan hendaknya...
Post a Comment