Salam Ukhwah

Wednesday, April 2, 2008

Kerana Aku Seperti Air

Kerana aku seperti airAku boleh mencari jalan mudah untuk merupa dirikuMembentuk diri pada bejana yang telah sedia adaLalu sama seperti yang biasaTetapi kerana aku seperti airAku memilih untuk terus sebagai airMengalir tidak pernah berhentiMelimpah, menyerap, menghakis, menembusMemenuh setiap ruang yang kosongTanah tandus dan benih keringKucurahkan subur agar muncul tunasYang pucuknya nanti mahkota rendangTempat berteduh di dataran gersang

Kerana aku seperti airAku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalanankuMencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubangLalu bertakung tiada hasil menunggu kering masaTetapi kerana aku seperti airAku memilih untuk terus gagah mengalirDari pancaran anak batu di hulu belantaraMeliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utaraLantas…Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejukSi lapar mengail isi subur khazanah dada yang kayaTebing menyambut perahu berlabuhMenemukan rindu dengan yang ditunggu

Kerana aku seperti airAku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersuratMengalir dangkal sejengkal dari pangkalLalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udaraTetapi kerana aku seperti airAku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanyaBagi pelayar di permukaan seluas pandangan mataKetemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.Namun yang bestari ingin mencari maknaAkan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki duaHingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwaLantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia
Riwayat aku seperti airDi hari subur berbakti pada manusia dada tanah watanDi hari gersang mikraj ke langit atas perintah TuhanBasah kering air, hanya kitaran pusingan nadiBumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.
Dan Allah menjadikan setiap haiwan itu dari air, maka ada sebahagiannya yang berjalan di atas perutnya, dan ada sebahagian yang berjalan di atas dua kaki dan sebahagian yang lain di atas empat (kaki). Allah menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - An Nur : 45

No comments: