Salam Ukhwah

Friday, April 11, 2008

Doakan Kami Bahagia Hingga ke Syurga 'Jasminah Adnan & Noordin Ramli'

 
Alhamdulillah segala puji milik ALLAH SWT di atas segala-galnya. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi dengan sekali lafaz di Majlis Akad Nikah pada hari Jumaat, 6 Rabiulawal 1429H bersamaan 14 Mac 2008 bertempat di Masjid FJU, sahlah saya menjadi isteri kepada suami tersayang. Syukur tak terhingga dipanjatkan kehadrat ilahi atas kasih dan sayangNYA walimah saya berjalan lancar dengan bantuan keluarga. Saya dan suami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang datang meraikannya. Kehadiran kalian amat kami hargai dan syukuri. Insya Allah, Walimatul ‘Urus sebelah pihak lelaki akan diadakan pada hari Sabtu 25 Jamidilawal 1429H bersamaan 31 Mei 2008 bertempat di Kampung Durian Hijau, Jerantut. Sahabat-sahabat dan tetamu ziarah yang budiman sekalian dengan penuh takzim dan segala hormatnya dipersilakan hadir ke kediaman kami untuk sama-sama memeriahkan kenduri kesyukuran ini.


Dan, pada 19hb Mac kami telah ke Cameron Highland ‘berbulan madu’ sehingga 23hb April 2008. Alhamdulillah syukur di atas nikmat duniawi kurniaanNya! Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia dan membawa ke Syurga. Amiin.


Sebahagian Koleksi Gambar Kenangan pada Hari Bahagia.

Buat akhirnya, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kawan-kawan sentiasalah kita hayati dan syukuri firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 berikut:

“Dan di antara bukti kekuasaanNya, Allah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kaum yang berfikir.”Wallahu a’la wa a’lam.

No comments: