Dikesunyian
ini hati rasa ingin berkata-kata dan jari ingin menulis. Menulis meluah rasa
dan hati memanjatkan doa kehadrat Ilahi. Kerana diri begitu yakin bahawa Allah
Ya Rohman Ya Rohim kasih sayang-NYA sentiasa dekat kepada hamba-NYA.
Allah
Yang Maha Mendengar.. pasti mendengar keluhan dan rintihan hamba-NYA ini, hati
juga yakin bahawa Allah tak pernah akan jemu menyaksikan rintihan demi rintihan
hamba-NYA ini.
Kini
setelah 6 tahun berlalu.. hati masih tak putus berharap… masih mengharap dan
harapan tetap ada. Itulah.. ZURIAT.
Saya sangat pasti 99.99% pasangan yang sudah berkahwin menginginkan rezeki anak sebagai penyeri rumahtangga mereka. Ada pasangan yang kahwin terus jer pregnant. Ada yang dah bertahun-tahun kahwin masih belum
direzkikan anak. Semuanya adalah rahsia yang Allah simpan untuk hambaNya. Juga
sebagai ujian untuk menguji sejauh mana kebergantungan hamba kepada TuhanNya.
Bagi saya, semua ini adalah ujian untuk memberi kesedaran bahawa kita masih
bergantung pada pencipta kita sendiri Yang Maha Mencipta.
Di
wall FB sering kali membaca pelbagai jenis post tentang kegembiraan rakan-rakan
mengenai rezeki yang mereka perolehi. Post tentang pekembangan anak
masing-masing. Ikhlas saya katakan semua tu memang akan menyentuh jiwa dan hati
saya. Sekali fikir tersentuh sebab sedih kerana “aku masih tidak punya anak” Tetapi bila dikenang, direnung, dikaji
dan difikirkan semula, sebenarnya tersentuhnya hati dan jiwa itulah dapat
membawa saya lebih dekat lagi pada Ilahi. Kadang-kadang saya terfikir, saya dan
mereka yang belum dikurniakan rezeki itu adalah lebih baik kerana selama itu saya
dan mereka akan meminta, meratap serta merayu pada Pemberi rezeki dan Allah
suka pada hamba-NYA yang sentiasa meminta kepadaNya. Beruntungkan kita? Dan selama
mana saya bersabar dalam berusaha maka moga-moga pahala sabar saya terhitung
oleh-NYA. Jadi sekarang senyum sentiasa..(doktor sendiri dah cakap kan, saya
masih bepotensi untuk mengandung dalam tempoh terdekat asalkan saya tidak stress).
Jadi
, saya harus terus bersabar dan berusaha hingga Allah tetapkan masanya yang
sesuai. Amin.. Allah Lebih Tahu.
Maka
dalam Hal ini…. bersangka baiklah pada Allah.. bersangka baiklah pada Allah... bersangka baiklah pada Allah... Allah
Maha Baik....
Saya dan suami mesti mendahulukan rasa syukur atas apa yang telah ALLAH berikan nikmat-nikmat yang lainnya dan syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Sekurang-kurangnya kesempatan masa yang ada ini kami dapat memperbaiki diri masing-masing dan menimba ilmu mengenal TUHAN dengan lebih lagi. Kesempatan ini juga Allah bagi peluang untuk kami lebih “Memberi”. Memberi dalam erti kata membantu apa-apa yang patut kepada saudara terdekat.
Saya tak
nafikan, kadang-kadang ada saja bisikan nakal yang terjah kedalam hati dengan
pelbagai persoalan. Mengapa Dia masih belum beri anak? Wahai diriku dan dirimu,
Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu KERANA
DIA MAHA BAIK!
Ramai yang
berpesan Buang semua perasaan sedih, Jangan fikir-fikirkan sangat dan
jangan stress. Part ni
kadang-kadang gagal. Susahnya nak control. Rasa sedih tu datang tanpa
dapat ditahan-tahan. Air mata bejurai macam air mata air yg mengalir.. sebenarnya
kadang-kadang bukan sedihkan sebab takde
anak semata.. tapi sedih mengenangkan diri ni.. “kenapa aku tak kuat nak
menghadapi ujian Allah yang sedikit ini”
telah banyak nikmat lain yang Allah bagi pada aku.. tetapi kenapa aku
asyik focus pada ujian yang satu ni. Oh hati, bertabahlah
Wahai diriku dan dirimu Berlapang dada & senyum selalu. Jadilah insan paling bahagia walau tanpa anak.. Kerana mungkin itu kehendak Allah dan perancangan Allah. Yakinlah segala apa yang ketentuan ini adalah dalam kebijaksanaan-NYA. Siapa kita untuk mempersoalkannya.
Wahai diriku dan dirimu Berlapang dada & senyum selalu. Jadilah insan paling bahagia walau tanpa anak.. Kerana mungkin itu kehendak Allah dan perancangan Allah. Yakinlah segala apa yang ketentuan ini adalah dalam kebijaksanaan-NYA. Siapa kita untuk mempersoalkannya.
Walaupun beberapa usaha yang telah dilakukan. Jumpa Pakar O&G sana sini… Terkini saya direzkikan untuk bertemu dengan Pakar O&G yang tak asing lagi iaitu Dr. Hamid Arshat. Merelakan diri untuk melakukan Laparoscopic surgery, 4 bulan berlalu namun masih menanti dan terus menanti. Apa-apapun atas segala usaha & doa, DIA masih memilih saya dan suami untuk tidak dikurniakan anak setakat hari ini. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini.
SuaraHATI : Aku tetap Yakin apa yang telah ENGKAU tentukan ke atas diriku ini adalah dalam kebijaksanaanMU yang lagi Maha Bijaksana.