Sejak akhir-akhir ini kami terima banyak kes rumahtangga yang
serius dan telah pun melibatkan penceraian. Sepertimana biasa ramai yang
akan menuding pihak isteri kerana menjadi penyebab
kepada ketidakpuasan hati suami dan retaknya rumahtangga. Hari ini
ingin kami kongsikan kepada para pembaca supaya sama-sama dapat ambil
iktibar dan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya.
Statistik
menunjukkan lebih 30 peratus kadar penceraian telah berlaku. Ini
bermakna, setiap 10 pasangan yang mendirikan rumahtangga, lebih dari 3
pasangan akan ke mahkamah syariah semula untuk tujuan bercerai. Ada yang
bercerai sejurus selepas bernikah, ada yang seminggu dua, sebulan dua,
atau setahun dua selepas itu. Bahkan ada yang masih tergamak bercerai
selepas mempunyai 10 orang anak. Situasi ini sesungguhnya amat
membimbangkan.
Kami ada kes dilapur oleh seorang anak yang
bijak. Sejak kecil mendapat A untuk semua mata pelajaran namun lari dari
rumah untuk belajar di Maktab Tentera dengan biaya sendiri, namun hanya
sekerat jalan dan akhirnya berhenti sekolah. Si Bapa adalah seorang
gurubesar, ibu juga seorang guru. Namun sukar sekali untuk melihat satu
hari di mana ibubapa mereka tidak bergaduh. Si bapa tidak puashati
dengan ibu, si ibu pula jenis sentiasa meninggi suara dengan suaminya,
keras kepala dan tidak boleh dinasihati.
Akibatnya si bapa
sentiasa keluar rumah, menghabiskan masa main majong bersama
rakan-rakan, anak-anak menjadi tempat ibu melepas geram dan merasa
tertekan. Lebih malang, anak-anak perempuan pasangan ini sudah mengikuti
tabiat ibunya. Akibatnya, yang sulung awal-awal lagi sudah bercerai dan
menjanda hingga sekarang. Yang kedua kebetulan mempunyai suami yang
lembut dan boleh didominasi olehnya. Si ayah sudah meninggal dan semua
anak tidak mengindahkan ibunya yang sudah tua. Pengadu sendiri pernah
bercerai dengan isteri pertama dan kini bersama isteri kedua.
PUNCA UTAMA PENCERAIAN
Sepertimana biasa, pencerian di peringkat awal biasanya disebabkan
samada isteri atau suami merasa tertipu. Semua tembelang yang tersimpan
semasa perkenalan dahulu hanya terzahir selepas bernikah.
Ada
suami yang segera menceraikan isteri apabila mengetahui isterinya telah
ditebuk tupai, pemalas, pengotor dan sebagainya. Asbab ini boleh
menyababkan penceraian berlaku pada kadar sangat segera. Pihak isteri
pula mula mengetahui bahawa suami kaki betina, ramai teman wanita,
pemalas, tiada kerja dan pendapatan tetap, tidak bertanggungjawab, rosak
akhlak, kaki dadah dan sebagainya. Cuma penceraian dari asbab ini akan
sedikit memakan masa, kerana kuasa mencerai berada di tangan suami.
Dari kes-kes vateran yang kami kendalikan, didapati rata-rata sebabnya
adalah kerana suami tidak puashati dengan layanan dibilik tidur oleh
isteri, juga disebabkan isteri pengotor, rumah berselerak, malas
memasak, boros, tidak pandai menjaga anak dan tidak kurang yang
disebabkan isteri berselengkoh dengan jantan lain.
Penceraian
akan segera terjadi apabila si isteri pula sama sahaja tahap
ketidakpuasan hati mereka terhadap suami. Suami dilapurkan ganas, selalu
memukul isteri, terlalu cemburu, tidak berkerjasama, tidak pandai
melayan serta mendidik isteri dan sebagainya. Hubungan mesra dan tanya
menanya tidak berlaku. Mereka duduk serumah tapi tiada silah
(perhubungan) yang sangat perlu untuk memupuk kasih sayang sesama
mereka.
Dari kes-kes lain juga disebabkan suami tidak tidak
bekerja dan pemboros, sakit dan tidak upaya, campurtangan pihak keluarga
atau pihak ketiga dalam keluarga yang tinggal serumah, seperti
berselengkoh dengan ipar duai dan sebagainya.
KAEDAH MENDAMAIKAN YANG ADIL
Untuk Warga Prihatin, kami akan meneliti setiap kes yang dirujuk
melalui kaedah syuro. Niat utama ialah mengelakkan penceraian. Pasangan
yang berkrisis akan kami wawancara secara berasingan oleh beberapa wakil
dari kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa yang berpengalaman dan tiada
kepentingan. Semuanya kami tangani secara NAHNIAH bukan ANANIAH. Kami
tidak akan membiarkan mana-mana pihak menipu atau memutarbelitkan fakta.
Kaedah yang kami gunakan akan amat mudah untuk mengesan kefasikannya.
Kemudian hasil soal-siasat itu akan kami bincangkan dalam syuro harian
kami. Di situ sama-sama kami fikirkan, sama-sama memperhalusi semua
punca krisis tersebut dan berjemaah mencari kaedah penyelesaiannya.
Biasanya kami akan gunakan kekuatan dan keikhlasan jemaah, tanpa
prejudis dalam mengadili kedua-dua belah pihak.
Rujukan dari
alquran dan sunnah akan kami gunakan dengan tegas tanpa kompromi dalam
menyelesaikan semua masalah yang berlaku. Minggu lepas sahaja kami telah
berjaya menyelamatkan dua pasangan yang secara spiritnya telah
bercerai, bahkan telah dilafaz oleh pihak suami berulang kali dalam
keadaan beremosi. Anak-anak mereka menjadi murung dan amat tertekan
sekian lama. Hari ini mereka dapat hidup mesra dan berbaik semula.
Alhamdulillah, anak mereka juga telah turut kembali ceria.
PEDOMAN RUMAHTANGGA YANG DILUPAKAN
Dalam surah AnNisa’ ayat 34, alquran ada melakarkan pedoman
berumahtangga dengan jelas. Suami seharusnya mampu bertegas MEMIMPIN dan
MENDIDIK isteri. Suami juga bertanggungjawab memenuhi NAFKAH buat
isteri. Selain nafkah batin yang melibatkan hubungan intim, pendidikan
agama dan khidmat nasihat juga adalah sebahagian dari bentuk NAFKAH
BATIN bagi seorang suami terhadap isterinya.
Apabila berlaku
masalah isteri yang NUSYUS, langkah pertama yang Allah nasihatkan dalam
ayat itu ialah dengan memberikan NASIHAT kepada isteri. Apabila nasihat
tidak berkesan, maka tindakan seterusnya adalah MEMISAHKAN TEMPAT
TIDUR. Jika itupun tidak berkesan barulah dibenarkan MEMUKUL ISTERI.
Namun kajian kami menunjukkan terdapat banyak kelemahan yang jelas
terhadap para suami. Kami ada pandangan tersendiri dalam isu MEMUKUL
ISTERI ini, bahkan ia bukan pukulan fizikal sepertimana yang kita
amalkan. Ramai suami yang menggunakan ayat ini sebagai sandaran untuk
memukul isteri sewenang-wenang. Sebenarnya, ini adalah langkah terakhir
yang Allah sarankan, namun ramai yang menggunakan ini sebagai langkah
pertama, melupakan urusan NASIHAT, dan pisah tempat tidur (BOIKOT).
SUAMI PERLU BERILMU DAN MENGALIRKANNYA:
Lelaki sepatutnya rakus menuntut ilmu agar dapat mengendali rumahtangga
dengan ilmu, namun hakikatnya kini wanita yang lebih rakuskan ilmu.
Dalam kes isteri nusyuz, sering para suami terus bertindak dengan
beremosi. Sebenarnya, segala yang berlaku ada puncanya yang tidak
diperhatikan dengan baik sejak mula. Lama kelamaan ia menjadi kebiasaan
dan menunggu letupan ibarat bom jangka. Proses tanya menanya, nasihat
menasihati dengan istiqomah tidak berlaku.
HABLUMINALLAH,
WAHABLU MINANNAS – jagalah “PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN PERHUBUNGAN
DENGAN MANUSIA”. Hubungan dengan Allah adalah dengan membaca dan
memahami mesej ayat-ayat Allah dari surat-suratNya. Ia juga berlaku
melalui kaedah solat yang kita laksanakan 5x sehari, di mana kita
mengambil pelajaran dari ayat-ayat yang dibaca dalam solat.
Hubungan dengan manusia ialah melaksanakan pelajaran yang dibaca dalam
solat untuk digunakan bagi mengatur hidup sesama manusia. Rasulullah SAW
telah katakan “ASSOLATUDDU’A - SOLAT adalah DO’A / SERUAN”. Selaku imam
dan ketua keluarga, lanjutan dari solat harus dikembangkan melalui
proses MENYERU kepada ahli keluarga. Itulah hakikat amal yang harus
dilaksanakan dengan jelas dan istiqomah. Segala perbuatan keji dan
mungkar kita basmi dan sucikan menggunapakai semua prinsip dari
pelajaran yang kita cerap dari solat harian kita.
Malangnya
ramai pasangan yang solat 5x sehari, namun tidak mentarbiahkan disiplin
dalam solat untuk diterapkan dalam kehidupan ahli keluarganya. Proses
silatulrahim, tanya menanya yang menjadi sarana aliran ilmu dan
kefahaman tidak berlaku di antara mereka. Kerana itu, solat mereka tidak
mampu mencegah segala perbuatan keji dan mungkar dalam rumahtangga
mereka.
Nabi SAW katakan “syurga itu adalah taman-taman ilmu”.
Allah pula katakan yang “aliran sungai (ilmu) adalah sarana syurga”.
Maka kegagalan aliran ini melalui syuro keluarga menyebabkan pembentukan
rumahku syurgaku tidak berlaku. Ahli keluarga kekal hidup dalam
KEJAHILAN dan mengharungi hidup dengan tabiat JAHILIAH. Mereka sentiasa
dalam keadaan tegang, bercanggah pendapat dan berselisih faham kerana
tidak diberikan kefahaman YANG SAMA, menggunakan FAHAMAN ALLAH YANG
SATU.
Tiada rumahtangga yang tidak dilanda badai dan selisih
faham. Itu semua kita tahu. Namun ramai pasangan yang mengambil jalan
singkat dan ditunggangi emosi dalam menangani masalah yang melanda.
“BASTOTAN FIL ‘ILMI WALJISMI - Dengan ilmu yang luas, badan jadi
perkasa”. Jika kefahaman yang mantap berjaya disampaikan, maka tindakan
masing-masing akan teratur. Jika adapun masalah, rujukan yang difahami
tadi akan membuatkan masing-masing kuat dan tabah menanggungnya.
Lelaki seharusnya ada 9 akal dan 1 nafsu, wanita pula adalah
sebaliknya. Namun dalam menangani masalah rumahtangga ini, kajian kami
mendapati banyak kes yang menunjukkan sebaliknya. Inilah punca gejala
yang sebenarnya. Hari ini ramai sekali para isteri yang suka meminta
cerai. Suami pula suka melafazkan cerai, menghalau isteri tanpa hak
secara beremosi dengan sewenang-wenang. Ada kes di mana isteri dipaksa
keluar rumah jam 5 pagi. Ini menyalahi keadilan hukum Islam dan kami
nampakkan kesilapan itu dengan rujukan wahyu.
Lelaki sepatutnya
lebih bertanggungjawab terhadap anak isteri, dari segi nafkah,
pendidikan dan sebagainya. Namun kami dapati ramai wanita yang terpaksa
bertungkus lumus mencari nafkah, memikirkan kebajikan diri dan
anak-anak. Ramai sekali para suami yang lepas tangan, anak nak sekolah,
nak masuk universiti, anak masuk hospital, lockup dan penjara, anak kena
rogol, anak mengandung atau lari rumah semuanya diserah kepada isteri
belaka.
KESILAPAN SUAMI MENGIKUT SUNNAH TANPA BASMALLAH
Sunnah Rasulullah SAW adalah berpedomankan wahyu dan Basmallah.
Malangnya ramai juga (walaupun tidak semua) suami yang menggunakan
sunnah nabi secara jahiliyah. Mereka ikut yang mana mereka suka sahaja.
Nabi berpoligami mereka ikut. Mereka lupa bahawa Nabi lakukannya dengan
ilmu sedangkan mereka melakukannya dengan kejahilan. Nabi berakhlak,
adil, namun mereka sering tidak adil dan menganiaya.
Ramai
suami yang menjaja sunnah nabi, yang menggunakan harta isteri baginda
Sayidatina Khadijah r.a. untuk membolehkan mereka lakukan perkara yang
sama. Mereka lupa yang isteri nabi tidak serah harta pada nabi untuk
kegunaan peribadi, tetapi menyerahkan untuk urusan dakwah baginda. Nabi
tidak gunakan harta isteri untuk memenuhi hobi dan maksiat seperti
mereka.
Budaya sesetengah pengamal poligami zaman ini pula
terbalik. Kita gunakan harta isteri untuk bayar rumah, untuk beli motor
besar, buat loan beli kereta dan enjoy sana sini. Kita mengumpul isteri
untuk ditugaskan mengurus cawangan perniagaan ataupun mengumpul
gaji-gaji mereka. Semua itu agar kita dapat enjoy, bersenang lenang
dengan harta isteri. Kami ada terlalu banyak kes sebegini.
Tinjauan kami mendapati ramai sekali isteri yang bekerja atau berharta
sangat inginkan suami mereka mendekatkan diri pada agama. Mereka redha
jika terpaksa menanggung suami yang berjihad di jalan Allah. Contohnya
ada suami yang menguruskan rumah anak yatim, tahfiz, jadi imam masjid
sepenuh masa dan sebagainya. Inilah sunnah yang sebenarnya. Para isteri
hanya kesal jika suami menghabiskan wang mereka untuk tujuan hobi dan
maksiat.
PISAH TEMPAT TIDUR YANG TIDAK BERKESAN
Fitrah
wanita memang banyak bercakap. Bicara mereka lebih beremosi jika
dilayan. Kerana itu Allah sarankan suami untuk menasihati mereka secara
istiqomah hanya tatkala mereka dalam keadaan tenang dan redha. Jika
mereka masih Nusyuz, Allah sarankan kita boikot mereka dengan memisahkan
tempat tidur. Tetapi ramai yang mengadu usaha itu tidak berkesan.
Mengapa jadi begitu?
Hasil soal selidik kami mendapati pasangan
sebegini rupanya telah terlalu lama mengabaikan urusan bilik tidur
mereka. Duduk sebumbung namun sering tidur berasingan. Ada yang sudah
lupa bila kali terakhir mereka jimak isteri mereka. Sedar tak sedar ada
yang mengaku sudah 6 bulan, malah 8 bulan tidak ‘bersama’ dengan isteri.
Biar apa pun alasannya, ini adalah suatu yang sangat tidak fitrah dalam
hubungan suami isteri. Bukan begini yang Islam sarankan.
Fitrah wanita memang suka dibelai. Jika lelaki sering bersifat lembut
dan manja SEBELUM ‘bersama isteri’, namun wanita akan lembut SELEPAS
‘bersama suami’. Ramai suami yang sengsara menyiksa diri ‘menghukum’
isteri dengan mengabaikan urusan jimak. Sebenarnya tindakan itu membodoh
dan menyisa diri sendiri kerana nafsu wanita akan menjadi semakin keras
jika tidak dibelai. Cukuplah pusingan HAID bulanan atau NIFAS yang
Allah sudah tetapkan untuk berehat mengumpul tenaga keintiman jika
perlu. Janganlah kita tambah dengan apa yang kita reka sendiri. Harap
anda faham maksud kami.
Jika kita berupaya, nabi sarankan agar
kita jimak isteri sekitar 2-3 kali seminggu. Jika kurang mampu
sekurang-kurangnya 1 kali. Itulah yang kita faham akan tugas suami di
malam jumaat kononnya. Sebenarnya, jika kita laksanakan sunnah nabi dan
hidayah Allah yang lurus dalam ayat tadi secara istiqomah (itulah isi
fatihah ayat 6), maka nasihat dan ilmu yang mengalir tanpa putus itu
sahaja sudah cukup untuk membentuk isteri mengikut acuan Allah yang
mampu membahagiakan kita.
Jika ada yang terlanggar oleh isteri
ke arah NUSYUZ, tindakan boikot atau pisah tempat tidur akan menjadi
sangat berkesan dan meresahkan sang isteri. Tidak perlu kita bertengkar
riuh rendah sehingga membuatkan anak-anak kita lari. Sepatah dua
tambahan teguran selepas itu adalah satu PUKULAN yang berat bagi isteri.
InsyaAllah ia bakal mampu memulihkan keadaan. Jauh sekali sampai
peringkat memukul, berkungfu dan bertinju, menghempas dan membaling itu
dan ini secara fizikal.
KESIMPULAN
Fahami emosi wanita
dan keterkaitannya dengan pusingan haid bulanan mereka. Baiki
pendekatan keintiman anda dengan isteri, kerapkan tanya menaya. Jemput
isteri untuk menjadi mesra dengan salam dan senyum. Didik dan fahamkan
isteri untuk memenuhi kesukaan anda, asalkan tidak melampaui batas
syarak, biar dia tahu bagaimana menggamit selera dan kasih sayang anda.
Membiarkan isteri lama tidak ‘disentuh’ akan membuatkan hati mereka
semakin keras membatu.
Bagi pasangan vateran, bukanlah
semata-mata urusan jimak yang menjadi ukuran. Interaksi kalam
(silatulrahim) dan sentuhan tubuh, belaian dan dakapan tangan anda lebih
bermakna kerana isteri dan suami kedua-duanya mungkin sudah semakin
tidak berselera jasadnya, namun bukankah dalam syurga kita sebaya?
Kekalkanlah intensiti berkasih sayang sepertimana umur di syurga,
sepertimana orang muda juga.
Jika setiap hari anda saling
bertanya dan bermesra, saling berkongsi ilmu dan maklumat, pasti akan
kurang selisih faham. Jika setiap malam anda dakap dan peluk pasangan
anda, anda kucup, gigit dan cubit dengan mesra, maka dengan sedikit
boikot saja bakal membuatkan masing-masing rindu dan berusaha untuk
memulihkan semula kemesraan sebelumnya.
Gunakan kaedah pisah
tempat tidur atau boikot. Jangan layan bertengkar dengan isteri kerana
mereka memang banyak cakap dan sukar mengawal emosi. Nanti anda juga
yang semakin sakit hati. Sedikit teguran tambahan selepas boikot itu
akan menjadi satu pukulan yang berat bagi isteri anda. Tidak perlu anda
bersilat berkongfu dengan isteri kerana wanita bukan lawan lelaki.
Sumber:
Kudap munakahat
FB WARGA PRIHATIN
SuaraHATI: Ya
Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmati oleh-Mu
selama-lamanya. Kurniakanlah ke atas kami keberkahan hidup, kedamaian
hati dan kerukunan rumah tangga..