Anak adalah anugerah dan
hadiah daripada Allah ta’ala. Dan bukan kuasa kita untuk paksa Allah berikan
anugerah itu kepada kita. Segala yang
berlaku adalah takdir daripada Allah. Kita diuji dengan ujian yang begini, disaat
sahabat lain sedang sebok menguruskan persekolahan anak.. ada yang sedang
pening yang sangat mencabar dengan karenah anak serta tak kurang juga ada sahabat
yang merancang untuk berhenti beranak.. tetapi kita masih lagi berusaha dan
usaha untuk memperolehi anak.
Selalunya
pasangan-pasangan merasa kecewa dan tertekan kerana mereka merasa malu bila
disebut orang sebagai "tidak punya anak", wahai diriku dan dirimu hentikan
perasaan malu tu.. mari kita tanya diri kita sendiri… “malu ngan siapa??” Malu dengan manusia?? Hanya kerana kita belum ada anak? Ruginya kita
kerana asyik fikirkan apa orang lain kata.. dan apa orang lain fikir.
Lumrah kan soalan seperti
ini sentiasa ada di sekeliling kita.
Kalau
belum khawin orang akan tanya.. “bila nak kawin.?”
Dah
khawin org tanya lagi “bila nak ada anak”
Dah
ada anak sorang soalan akan ada lagi “bila nak tambah lagi”
Dan
kalau dah anak ramai dan dah besar-besar maka akan tanya lain plak… “bila nak
bemenantu?”
Bila
dah ada menantu.. tanya pulak lagi “bila nak ada cucu”
Dan akan terus bertanya
dan bertanya…
Memang selagi namanya
‘orang’ mereka aseklah bertanya… soalan
yang ditanyakan tu kalau berbentuk dorongan atau kata semangat alangkah
untungnya, tetapi kadang-kadang soalan-soalan itu datang dalam bentuk duri menikam dan
panahan yang sangat tajam.
Itulah kelemahan antara kita
nih.. boleh tak kita nih jangan sibuk hal orang.. tanya yang bukan-bukan tanpa kita
sedar semua pertanyaan tu kadang=kadang menjadikan orang lain ‘makan hati’
Kan cantik kalau apa yg
Allah bagi tuh kita terima saja dengan hati yang terbuka. Kalau kita tak suka
kata orang in sha allah orang tak suka kata kita. Adakah dengan sesetengah yang
tidak mengandung itu memang mereka memilih untuk tidak mengandung? atau adakah semua orang yang tidak punya
zuriat itu disebabkan mereka malas berusaha?? Malas berdoa? Dan berhenti
berharap? Marilah kita sentiasa bersangka baik pada Allah… tiap-tiap yang
telah DIA takdirkan untuk kita adalah sebaik-baik untuk kita. Yakinlah Allah
tidak sama sekali menzalimi hamba-NYA melainkan hamba-NYA yang
menzalimi dirinya sendiri.
Mungkin akan ada soalan-soalan
begini.
Bila dapat anak??
moga kita ada kekuatan untuk memberi jawapan dengan nada yang ceria.
"In sha allah akan datang"..
"In sha allah akan datang"..
in shaa allah akan
datang. tiba gak masanya nanti cuma tak
tahu bila..
semua DIA punya kerja dan
semunya dari DIA yang maha PEMBERI.
Setiap usaha yang kita dah
buat dan duit yang kita telah belanjakan dalam usaha ini, semua tu Allah bagi pahala. Sabarnya kita menanti dan menunggu kehadiran anak juga Allah janji pahala itu untuk kita.
Tapi satu persoalan penting
yang perlu kita tanya dalam diri kita adalah
“kenapa kita nak anak
tuh..?”
Adakah sebab kita nak anak
kerana kita malu kata dek orang kita tak beranak? atau kita rasa tercabar
apabila diusik oleh rakan-rakan.
Mari kita semak balik diri kita..
adakah disebabkan orang?
Kalau sebab orang
jawapanya adalah sia-sialah usaha kita, tetapi kalau kita niatkan dapat anak ni sebagai
pencen kubur iaitu anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita nanti. Maka
kita perlu berazam untuk melaksanakan tugas dan amanah mendidik anak untuk
menjadikan anak yg soleh dan solehah sebagai jaminan pencen kubur kelak. Kemudian
kalau kita ada anak nanti tetapi tak ada niat langsung untuk mendidik tiap-tiap
anak menjadi anak yg soleh dan mosleh maka
merugilah kita. Soalnya sejauh mana kemampuan kita untuk menerima amanah yang
berat ini.. Allah lebih tahu sama ada kita mampu atau sebaliknya.
Ramai lagi pasangan yang
kat luar sana.. walaupun dah 10thn berkahwin dan ada yang dah 15 tahun
berumahtangga tapi Allah izin mereka belum ada
anak namun mereka tetap bahagia dan ceria kerana mereka saling menghargai
antara satu sama lain.
Kalau kita perhatikan
pencen kubur kita ada 3 perkara iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan
ilmu yang bermanafaat. Walaupun kita belum tentu dapat anak tapi kita dah tentu boleh
bersedekah jariah dan kita masih punya ruang dan peluang dalam memberi ilmu
yang bermanfaat walaupun hanya sepatah ayat. Of course Allah Maha Pemurah, Allah Maha Penyayang dan Maha Adil.
Tidak ada seorang pun antara kita yang Allah tidak bagi peluang untuk mendapat
bekalan apabila kita di alam barzakh nanti. Yakinlahhh wahai diriku dan dirimu
note: dalam gambar yg atas tu kami cuma menumpang pangku baby orang lain.. mudah-mudahan dapat amik berkat sikit.
note: dalam gambar yg atas tu kami cuma menumpang pangku baby orang lain.. mudah-mudahan dapat amik berkat sikit.
SuaraHati : Moga Allah menyatu eratkan hati kita dalam mendepani ujian dari Yang Maha Satu ini.
2 comments:
Subhanallah, anak merupakan anugerah terindah, amanah dari Allah yang harus dijaga, saya juga baru diberikan cahaya mata 6 bulan yang lalu, bahagianya luar biasa :)
Salam..1st time singgah sini, betul tu..org akan tanya dan bertanya..mcm saya..kawen 3 bulan dah preggy anak 1st..now anak sulung dah nak masuk 6 thn..tapi masih belum sampai rezki dapat anak kedua, but people keep asking tak kira la kat opis or di mana2...but it's okay for me, yang penting kami sekeluarga melalui hidup dgn bahagia sudah memadai dari ramai anak tapi hidup porak peranda...saya melihat dari satu sudut berbeza, ada my fren anak ramai tapi ade masalah dgn suami,mentua n etc... jadi Allah sudah kurniakan kehidupan yang bahagia pada kita pada masa ini maka apa yg perlu kita buat kita bersyukur dan jangan berhenti daripada mensyukuri nikmatNya...insyaAllah sampai masa..kita akan sama2 merasa kurniaanNya itu...amen...
Post a Comment