Ya Allah Ya Waddud
Engkau kasihkan aku
kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi
kebaikan kepada agama kami dan akhirat kami

SeLaMaT HaRi LaHiR Suamiku… -Noordin Ramli-
21-05- Lahirnya seorang Hamba Allah yang hensome & kacak dihati ini.
Syukur atas nikmat usia yang DIA pinjamkan.. dikurniakan kesegaran & kekuatan sehingga hari ini. Insyaallah.…
SeLaMaT HaRi LaHiR Suamiku… -Noordin Ramli-....
Semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT, sentiasa disuburi kasih sayang dan rahmat dari-NYA, moga panjang umur dengan keberkatan-NYA, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik oleh-NYA. Syukur tak terhingga kehadrat Ilahi kerana telah meminjamkan insan ini yang amat penyayang, sebagai pembimbingku, dan sebagai teman & sahabat baik ku, moga DIA kurniakan kita ketenangan bersama, senang bersama, suka dan duka bersama. Semoga diri ini akan dapat terus berbakti kepada suamiku ini hingga ke akhir hayat dengan izin serta redhaMu Ya Rabb.

Ya Allah Ya Tuhanku… Lapangkanlah pintu rezekinya, dekatkanlah rezki diusahakannya, Selamatkanlah perjalanannya, Berikanlan dia nikmat kesihatan yang berpanjangan dalam dia mengerjakan ibadah kepada-MU, Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa dihati suaminya. Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. Bantulah aku Ya Rabb..
SuaraHati :- sayang sama kamu sangat.

No comments:
Post a Comment