Salam Ukhwah

Tuesday, May 26, 2009

Pendekatan Islam Dalam Pendidikan Anak-anak


Tip-tip di bawah dikongsi bersama oleh Ibu Zarah yang mempunyai pengetahuan luas di dalam pendidikan awal kanak-kanak.

1. Mendidik mestilah dengan aqidah :
(a) Kenalkan Allah sejak anak kecil lagi.
(b) Tanamkan rasa sayang pada Allah.
(c) Tanamkan rasa syukur atas nikmat Allah.
(d) Tanamkan sifat taqwa kepada Allah.
(e) Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan oleh anak.
**********************
2. Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas :
(a) Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik.
(b) Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka.
(c) Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid.
(d) Pamerkan sayang dan kasih pada mereka.
(e) Jangan sorok/simpan kasih dan sayang itu.
**********************
3. Mendidik mesti ada matlamat :
(a) Kemana nak diarahkan anak kita/murid.
(b) Budaya apa nak diterapkan dalam keluarga/sekolah.
(c) Sistem apa nak dipakai dalam keluarga/sekolah.
**********************
4. Mendidik mesti senada, seirama :
(a) Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya.
(b) Kalau guru suruh tutup aurat, ibu pun kata begitu.
(c) Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu.
**********************
5. Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh :
(a) Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat dulu.
(b) Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal.
(c) Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka.
(d) Suruh/’Cakap serupa bikin’.
**********************
6. Mendidik mesti dengan sabar :
(a) Sabar dengan kerenah mereka.
(b) Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu.
(c) Sabar dalam memberi tunjuk ajar, bukan beranggapan mereka tahu semua.
**********************
7. Mendidik mesti dengan disiplin :
(a) Disiplinkan anak waktu belajar, bermain dan berehat.
(b) Budayakan meminta izin sebelum keluar ke mana-mana supaya mereka tidak bebas sesuka hati nak ke mana,balik pukul berapa, dengan siapa.
(c) Sentiasa ingatkan mereka agar memilih kawan yang baik, kenal kawan mereka.
(d) Periksa kerja sekolah anak, berhubung dengan guru mengenai perkembangan anak di sekolah.
(e) Hadir program yang diatur oleh sekolah.
**********************
8. Mendidik mesti dengan cara yang betul :
(a) Dapatkan maklumat untuk didik anak sewaktu mereka kecil.
(b) Mendidik anak lelaki amat berbeza dengan mendidik anak perempuan.
(c) Kenal pasti perdekatan/didikan kepada anak sulung, anak kedua dan anak bongsu.
(d) Kaedah mendidik anak remaja sangat berbeza dengan cara mendidik anak yang kecil.
(e) Rajin hadirkan diri ke kursus atau majlis-majlis ilmu mengenai pendidikan.
(f) Rajin membaca buku-buku cara mendidik anak yang dijual di pasaran supaya kita menjadi ibu/guru yang bermaklumat.
(g) Sumber rezeki mestilah dari sumber yang halal.
(h) Ibu bapa pastikan tidak berhutang dengan pihak sekolah agar ilmu yang diajar berkat.
(i) Guru haruslah amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
**********************
9. Mendidik mesti dengan doa :
(a) Sentiasa doakan agar anak/ murid terang hati mereka untuk menerima pelajaran.
(b) Doakan kejayaan anak/murid.
(c) Doakan kesejahteraan semua. Ibu bapa doakan guru, guru doakan ibubapa.
(d) Yakin dengan apa yang didoakan akan dimakbulkan Allah.
**********************
Dikongsi bersama oleh:
Hjh. Zaharah binti AwangTimbalan PengerusiPersatuan Tadika Islam Malaysia


"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"