Rezeki yang
Dinanti..
“Subhanallah.
Comelnya bayi awak.”
“Rasa mahu cubit-cubit pipi mungil itu”
“Seronoknya punya anak kecil”.
Memandang
wajah bayi menghilangkan resah dan gundah di hati. Demikian Allah mengatur,
setiap kejadian punya keistimewaan tersendiri. Anak yang diibaratkan kain
putih, tergalas pada bahu ibu ayah tenggungjawab mendidik dan memberikan yang
terbaik. Namun tidak semua punya... Rezeki berbentuk anak bukan milik semua
pasangan yang berkahwin. Allah memilih sebahagian hamba memiliki ziriat, namun
ada yang Allah uji dengan tidak dikurniakan walau seorang anak, meski sudah
berpuluh-puluh tahun bernikah. Siapakah yang dapat mengatasi keputusan Allah.
Benarlah
hanya DIA yang Maha Mengetahui yang terbaik buat setiap hamba. Diusaha
bermacam-macam kaedah dan cara demi memperoleh anak penerus warisan. Makin
meningkat usia, terasa makin sunyi tanpa suara kanak-kanak menemani, anak untuk
disayangi, gadis dan teruna sendiri untuk dididik dan dibentuk menjadi Muslim
disayangi Ilahi. Terasa untungnya mereka yang punya zuriat. Astagfirullah!
Bukankan sudah diagihkan rezeki buat setiap hamba-NYA. Jika ini yang terjadi,
yakinlah yang Allah menyediakan rezeki dalam bentuk lain, dan bertahmidlah
kerana hanya syukur melahirkan keredaan.
Doa dan
berdoalah dan sentiasa melantunkan doa sebab diuji seseorang supaya makin dekat
hamba itu dengan Allah. Mungkin Allah merindukan hamba-NYA untuk sentiasa
berada dekat dan mengadu pada-NYA. Bukankah insan yang diuji itu kebiasaannya
akan sentiasa mencari tempat meluahkan. Allah lah tempat terbaik mencurahkan
segala rasa. Andainya tidak dikurniakan zuriat itulah pilihan terbaik seseorang
hamba, itulah yang terjadi. Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba, hanya kita
yang jarang melihat perkara yang terjadi dengan hati nurani. Lalu dipersalah
takdir ilahi, mengapa orang lain ada, namun kita tidak? Jangan sekali-kali
begitu! Cuba dan cubalah untuk ikhlas menerima kententuan Allah. Bukan bermakna
tidak berusaha, namun andainya perakhirannya tetap tidak dikurniakan zuriat,
yakinlah ketentuan Allah ini yang terbaik!! Ada Anak,
Tetapi...
Pedih hati
melihat akhbar dan berita saban hari memaparkan rencana berita anak-anak yang
didera tanpa rasa belas kasihan. Apa dosa mereka? Jangan disebabkan tekanan
peribadi, masalah sendiri, mereka menjadi mangsa. Sejak dahulu, ramai sekali
berita bayi tidak berdosa dicampk atau ditinggalkan sesuka hati. Di manakah
hilangnya peribadi dan perasaan belas dihati? Walau apa sekalipun peristiwa
yang terjadi, bukankah anak itu yang dikandung dan bersama-sama diri selama
sembilan bulan? Tergamaknya seseorang bernama manusia yang memiliki akal waras
memperlakukan anak begitu, sedangkan haiwan sangat menjaga dan melindungi anak.
Jika sekalipun si ibu telah melakukan dosa tidak terpalit kesannya pada anak,
lantas layanlah anak itu selayaknya seorang manusia, bukannya diperlakukan yang
tidak selayaknya sebagai seorang manusoa yang baru melihat dunia. Kasihan anak
kecil itu!
Jika terasa
penat,
Kenangkan insan lain yang Allah uji dengan tidak memiliki anak. Sedang
kita Allah berikan zuriat yang menceriakan hari-hari. Asuhan anak yang bermula
sejak dalam kandungan tidak pernah terhenti. Tunjukanlah contoh dan menjadi
suri teladan buat mereka. Merekalah lebih percaya segala yang dilihat daripada
kata-kata. Tersalah ajar, tersilap tunjuk, bengkoklah mereka. Sesungguhnya anak
tidak boleh dinilai harganya dengan wang atau emas. Jagalah “rezeki” pemberian
Allah ini sebaik-baiknya. Jangan sampai Allah menarik semula pemberian-NYA,
tinggal kita terduduk terkenangkan anak yang sudah Allah jemput semula
menemui-NYA. Anak-anak nak baik itulah yang menjadi rantaian amal saat diri
tidak mampu beramal lagi..
Solusi isu
#60, ms39
SuaraHATI :- Ya Allah.. Aku tetap Yakin denan RAHMAT-MU Ya Allah...