Salam Ukhwah

Friday, April 11, 2008

Indahnya Ketulusan Cinta

"Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Menerima pendamping kita sebagaimana keadaannya dengan tidak berharap terlalu banyak, merupakan bekal untuk mencapai kemesraan dalam rumahtangga dan kebahagiaan di akhirat. Sebagai hamba yang dianugerahi fitrah, kita memang perlu menyeimbangkan harapan. Tidak salah kita berdoa memohon pasangan yang sempurna, tetapi pada saat yang sama kita juga harus melapangkan dada untuk menerima kekurangannya. Kita boleh memancangkan harapan, tetapi kita juga perlu bertanya apa yang sudah kita persiapkan agar layak mendampingi pasangan idaman. Ini bukan bererti kita tidak boleh mempunyai keinginan untuk memperbaiki kehidupan kita, rumahtangga kita, serta pasangan kita. Akan tetapi, semakin besar harapan kita dalam pernikahan semakin sukar kita mencapai kebahagiaan dan kemesraan.
Sebaliknya, semakin tinggi komitmen pernikahan kita (marital commitment ) akan semakin lebar jalan yang terbentang untuk memperoleh kebahagian dan kepuasan. Apa bezanya harapan dan komitmen? Apa pula pengaruhnya terhadap keutuhan rumahtangga kita? Harapan terhadap perkahwinan menunjukkan apa yang ingin kita dapatkan dalam perkahwinan. Apabila kita memiliki harapan perkahwinan yang amat besar, sukar bagi kita untuk menerima pasangan sebagaimana keadaannya. Kita akan selalu melihat dia dengan penuh kekurangan. Jika kita menikah kerana terpesona oleh kecantikannya, kita akan segera kehilangan kemesraan sehingga tidak dapat berlemah lembut apabila isteri kita sudah tidak menawan lagi begitu juga sebaliknya bagi kaum wanita. Betapa cepat dan berlalu dan betapa besar nestapa yang harus ditanggung. Sementara itu, komitmen perkahwinan lebih menunjukkan rumahtangga seperti apa yang ingin kita bangunkan. Kerelaan untuk menerima kekurangan, termasuk mengikhlaskan hati menerima kekurangannya membuat kita lebih mudah mensyukuri perkahwinan.
Disebabkan oleh komitmen yang amat kuat pada Allah dan RasulNya, isteri Julaibib mengikhlaskan hati untuk menikah dengan Julaibib. Yang baru semalam usia pernikahan mereka Julaibib mengakhiri hayat di medan syahid. Ketika ibunya merasakan tidak rela disebabkan rendahnya martabat dan buruknya perawakan fizikal, dia meminta agar orang tuanya menerima pinangan itu kalau memang Rasulullah SAW yang menentukan. Orang yang melapangkan hatinya untuk mengekang perbezaan, akan selalu bertemu dengan banyak kesamaan. Perbezaan itu bukan langsung tidak ada, tetapi kesediaan untuk mengekang perbezaan membuat kita mudah untuk melihat kesamaan dan kebaikannya.
Sebaliknya, kita akan merasa tidak bahagia berhubungan dengan orang lain, tidak terkecuali pendamping hidup kita, apabila kita sibuk mempersoalkan perbezaan. Apalagi jika kita sering menyebut-nyebutnya, semakin terasa perbezaan itu dan semakin tidak bahagia membina hubungan dengannya. Semuga Allah melindungi kita dari mempersoalkan perbezaan tanpa mengilmuinya. Semuga Allah menjauhkan kita dari kesibukan yang membinasakan. Semuga Allah pula kelak mengukuhkan ikatan perasaan di antara kita dengan kasih sayang, ketulusan, dan kerelaan mengekang perbezaan. Sesungguhnya telah berlalu umat-umat sebelum kita yang mereka binasa kerana sibuk mempersoalkan perbezaan dan memperdebatkan perkara-perkara yang menjadi rahsia Allah. Nah, jika mempersoalkan perbezaan, menyebut-nyebutnya, dan mengeluhkannya akan membuat hubungan renggang, mengapa tidak melapangkan hati untuk mengekangnya? Sesungguhnya mengekang perbezaan akan membangkitkan kasih sayang dan kemesraan yang hangat. Ada perasaan mengharukan yang sekaligus membahagiakan jika kita memberikan untuknya apa yang ia sukai. Untuk itu, ada tiga perkara yang perlu kita fahami agar ia mempercayai ketulusan kita.
Pertama; berikanlah perhatian yang hangat kepadanya. Besarnya perhatian membuat dia merasa kita sayang dan kita cintai. Kedua; terimalah dia tanpa syarat. Penerimaan tanpa syarat menunjukkan bahawa kita mencintainya dengan tulus. Tidak mungkin menerima dia apa adanya jika kita tidak memiliki ketulusan cinta dan kebersihan niat. Ketiga; ungkapkanlah dengan kata-kata yang tepat. Berkaitan dengan ungkapan ini, ada sebuah tips yakni terminologi "saya" dan "Kamu". Saat kita merasakan bahawa masakan yang dibuat pasangan kita kemasinan umpamanya, maka gunakanlah kata "saya" menggantikan kata "Kamu". "saya lebih suka kalau sayurnya lebih manis, sayang" daripada berkata "Apalah Kamu ni..... masak lauk masinnya". Tetapi saat kita merasakan sesuatu kelebihan pada diri pasangan, umpamanya ketika di berjaya menggoreng telur dadar ( biasanya dia goreng berkerak ), maka kita gunakan kata ganti "Kamu". "Kamu memang pandai, isteriku". Kita gunakan kata "saya" untuk sesuatu yang sifatnya negatif dan "Kamu" untuk sesuatu yang sifatnya positif.
Untuk semua perkara. Tampaknya memang benar, kerana penggunaan kata ganti "Kamu" untuk sebuah kesalahan yang telah dilakukan oleh pasangan kita cenderung membawa pada ertikata menghukum dan tiba-tiba memosisikan pasangan kita sebagai yang tertuduh. Dalam perspektif pragmatik ( linguistik ), terminologi ini merupakan sebuah upaya penggunaan tertinggi kesopanan dengan tetap mempertahankan ketinggian kerjasama. Dengan tujuan agar tidak terjadi konflik pada keduanya.
Berpandu dari petunjuk Allah ini tidak layak bagi kita untuk sibuk mempersoalkan kekurangan ataupun kesalahan, apalagi kekurangan yang sukar dihilangkan, sepanjang dia tidak melakukan kekejian yang nyata. Betapapun banyaknya yang tidak kita sukai darinya, kemesraan dengannya tidak akan pudar jika kita mencuba untuk berbaik sangka kepada Allah, barangkali di sebalik itu Allah berikan kebaikan yang amat besar. Sebaliknya, sesedikit apapun keburukannya, bila kita sibuk menyebut-nyebut dan mengingatinya, akan amat memberatkan jiwa. Kesan seterusnya tidak hanya bagi hubungan suami isteri, tetapi menjalar pada hubungan kita dan si kecil.
Terimalah dia sebagaiman keadaannya. Terimalah kekurangannya dengan keikhlasan hati; maka akan kita temukan cinta yang bersemi indah. Sesudahnya berupaya memperbaiki dan bukan menuntut untuk sempurna. Bukankah kita sendiri mempunyai kekurangan, mengapa kita sibuk menuntut suami / isteri untuk sempurna? Ada amanat yang harus kita laksanakan ketika kita menikah. Ada ruang untuk saling berbagi. Ada ruang untuk saling memperbaiki. Dan bukan saling mengeluhkan, alih-alih menyebut-nyebut kekurangan. Fahamilah kekhilafannya agar dia merasa ringan dalam memperbaiki, meski bukan bererti kita terus menerus membiarkan kesalahan.
Berikanlah bimbingan dan kehangatan kepadanya sehingga dia berbesar hati menghadapi rintangan dan halangan yang ada di hadapan. Tunjukkanlah bahawa kita memang amat menghargainya, menerimanya dengan tulus, mahu mengerti dan bersemangat mendampinginya. Kita juga berupaya belajar bukan hanya terbatas menerima apa adanya, tetapi juga diikuti dengan belajar mendengar dengan sepenuh hati. Kerana tidak jarang kita bukan tidak faham jawapan yang sesungguhnya diinginkan di sebalik pertanyaan pasangan. Terkadang masalah-masalah kecil dialam rumahtangga, kita mungkin terlalu memandang remeh tetapi kadangkala bahkan ia akan menjadi batu karang yang cukup terjal yang kemudian melahirkan benih-benih konflik dan alih-alih perceraian.
Cukup banyak perkara-perkara yang dapat kita anggap sebagai remeh temeh tetapi sebenarnya perkara itu ternyata jauh meleset dari dugaan. Kita bukan mendengar pasangan tetapi mendengar diri sendiri, kita bukan memberi penyelesaian tetapi malah menambah bahan ( umpama menyiram minyak pada api ). Kita bukan memberi jalan keluar alih-alih menghakimi. Kita bukan memberikan jawapan, tetapi malah memberikan pertanyaan. Kita bukan meringankan tetapi malah memberatkan. Benarkah? Akhir kalam, kekayaan itu ada di jiwa. Dan keping kekayaan itu dimulai dari ketulusan menerima. Dengan kekayaan jiwa kita akan lebih mudah memberikan perhatian, lebih mudah untuk memahami, lebih mudah untuk berbagi dan lebih mudah mendengar dengan sepenuh hati.
Hari ini, ketika kita bermimpi tentang sebuah pernikahan yang romantik sementara ikatan batin di antara kita dan pasangan begitu rapuh, sudahkah kita berterima kasih kepadanya? Sudahkah kita meminta maaf atas kesalahan-kesalahan kita? Jika belum, mulailah dengan meminta maaf atas kesalahan-kesalahan kita dan ungkapkan sebuah panggilan sayang untuknya. Mulailah dari yang paling mudah, hatta yang paling remeh atau kecil sekalipun. Mulailah dari yang paling kecil. Little things means a lot. Agar cinta bersemi dalam keluarga kita, agar cinta senantiasa berbunga dalam kehidupan kita. MasyaAllah. Subhanallah. Alhamdulillahirabbil alamiin. Wallahuaam Bisshawab. ( Bagi yang belum menikah tidak usah khuatir, jika engkau jaga risalah Allah, adalah sebuah kenescayaan jika Allah kan berikan yang terbaik buat antum, sekali lagi terbaik dalam perspektif Allah, dan bukan perspektif kita )

Doakan Kami Bahagia Hingga ke Syurga 'Jasminah Adnan & Noordin Ramli'

 
Alhamdulillah segala puji milik ALLAH SWT di atas segala-galnya. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi dengan sekali lafaz di Majlis Akad Nikah pada hari Jumaat, 6 Rabiulawal 1429H bersamaan 14 Mac 2008 bertempat di Masjid FJU, sahlah saya menjadi isteri kepada suami tersayang. Syukur tak terhingga dipanjatkan kehadrat ilahi atas kasih dan sayangNYA walimah saya berjalan lancar dengan bantuan keluarga. Saya dan suami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang datang meraikannya. Kehadiran kalian amat kami hargai dan syukuri. Insya Allah, Walimatul ‘Urus sebelah pihak lelaki akan diadakan pada hari Sabtu 25 Jamidilawal 1429H bersamaan 31 Mei 2008 bertempat di Kampung Durian Hijau, Jerantut. Sahabat-sahabat dan tetamu ziarah yang budiman sekalian dengan penuh takzim dan segala hormatnya dipersilakan hadir ke kediaman kami untuk sama-sama memeriahkan kenduri kesyukuran ini.


Dan, pada 19hb Mac kami telah ke Cameron Highland ‘berbulan madu’ sehingga 23hb April 2008. Alhamdulillah syukur di atas nikmat duniawi kurniaanNya! Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia dan membawa ke Syurga. Amiin.


Sebahagian Koleksi Gambar Kenangan pada Hari Bahagia.

Buat akhirnya, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kawan-kawan sentiasalah kita hayati dan syukuri firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 berikut:

“Dan di antara bukti kekuasaanNya, Allah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kaum yang berfikir.”Wallahu a’la wa a’lam.

Thursday, April 3, 2008

Inilah Kehidupan

INILAH KEHIDUPAN..
Disember 30, 2005

Inilah kehidupan..

Manifestasi dari sebuah kelahiran
Yang menuntut janji penyaksian
Bahawa Allah Azza wa Jalla sebagai TuhanIlah dan Rabb tiada tandingan

Inilah kehidupan..
Animasi sebuah pentas dramaLakonan hebat barisan ‘hero’ dan ‘heroin’
Dengan diri sebagai bintang dan pelakon utamanya
Bersutradarakan hati dan aqal pancaindera

Inilah kehidupan..
Simulasi sebuah teater kemanusiaan
Diiringi alunan muzik pengharapan
Sesekali diselingi serunai syahdu pengaduan
Pada maghfirah dan rindu kebahagiaan

Inilah kehidupan..
Aspirasi sebuah filem cinta dan nafsu
Berjurikan catatan Kiraman Katibin
Waktu tayangannya di pawagam Mahsyar
Pada hari pertontonan yang maha dahsyat

Sesudah kehidupan..
Kematian pasti menjemput tiba
Adakah filem kita akan menjadi ‘box office’?
Akan mendapat sambutankah pementasan teater kita?
Dan akan diterimakah skrip drama kita olehNya?

Justeru beringatlah..
Jadilah ‘actor’ dan ‘actress’ terbaik
Yang akan meraih ‘award’ Ashabul Yamin
Dijulang sebagai Al-Muqarrabin di layar Akhirat
Dan beroleh anugerah redha dan Syurga Allah!

MUHTAR SUHAILI
Rawang, Selangor

Wednesday, April 2, 2008

Mencari Identiti...

Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia
Penuh makna ada cita
Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan
Menerima apa sahaja
Dalam pencarian menentukan arah tujuan
Berbekalkan hanya perasaan
Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan
Juga gaya teman-teman
Wahai sekalian rakan
Dengarlah, ini pesananKami adalah teman
Yang inginkan kebaikan
Pencarianmu ituTak ada kesudahannya
Jika kau tak bertanyaPada
Tuhan yang memberikan jawapan
Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan
Bukan untuk ini semua
Masa depan agama dan nasib yang tak terbela
Semuanya di tangan kita
Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati
Tidak akan gentar dicabar
Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang
Telah pasti ia kan berulang
Yang perlu hanya kesedaranBersama diri yang ada kekuatan
Iman dan kesabaranYang mesti diusahakan
Banggalah dengan gayamuHidup seorang pejuang
Nyatakan pada duniaMasa depan untuk Islam, untuk kita

Lagu, lirik dan nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995

Kerana Aku Seperti Air

Kerana aku seperti airAku boleh mencari jalan mudah untuk merupa dirikuMembentuk diri pada bejana yang telah sedia adaLalu sama seperti yang biasaTetapi kerana aku seperti airAku memilih untuk terus sebagai airMengalir tidak pernah berhentiMelimpah, menyerap, menghakis, menembusMemenuh setiap ruang yang kosongTanah tandus dan benih keringKucurahkan subur agar muncul tunasYang pucuknya nanti mahkota rendangTempat berteduh di dataran gersang

Kerana aku seperti airAku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalanankuMencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubangLalu bertakung tiada hasil menunggu kering masaTetapi kerana aku seperti airAku memilih untuk terus gagah mengalirDari pancaran anak batu di hulu belantaraMeliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utaraLantas…Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejukSi lapar mengail isi subur khazanah dada yang kayaTebing menyambut perahu berlabuhMenemukan rindu dengan yang ditunggu

Kerana aku seperti airAku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersuratMengalir dangkal sejengkal dari pangkalLalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udaraTetapi kerana aku seperti airAku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanyaBagi pelayar di permukaan seluas pandangan mataKetemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.Namun yang bestari ingin mencari maknaAkan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki duaHingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwaLantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia
Riwayat aku seperti airDi hari subur berbakti pada manusia dada tanah watanDi hari gersang mikraj ke langit atas perintah TuhanBasah kering air, hanya kitaran pusingan nadiBumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.
Dan Allah menjadikan setiap haiwan itu dari air, maka ada sebahagiannya yang berjalan di atas perutnya, dan ada sebahagian yang berjalan di atas dua kaki dan sebahagian yang lain di atas empat (kaki). Allah menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - An Nur : 45

Wednesday, January 30, 2008

Usah Seleweng Hukum, perlekehkan wanita


Suami mesti tunjuk pengorbanan, keimanan lebih besar sebagai pemimpin keluarga

JANGAN paksa isteri anda menjadi wanita seteguh Hajar jika anda sendiri tidak mampu menonjolkan dalam diri anda kekuatan iman Nabi Ibrahim. Antara kelemahan suami yang mencacatkan keperibadiannya di sisi isteri adalah suka mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri sendiri.
Sungguh ramai lelaki Muslim menggunakan Islam di sebalik niat tersembunyi mereka. Ada yang sibuk ikut sunnah berpoligami, tetapi kewajipan yang fardu tidak dibuat. Sembahyang tidak cukup waktu, zakat tidak tunai, puasa selalu ponteng, tetapi perkara nak kahwin dua tidak boleh tinggal.
Sungguh menyedihkan apabila agama dimanipulasi oleh lelaki tidak bertanggungjawab. Maka ramailah orang mempertikaikan hukum agama yang sememangnya suci daripada kecacatan dan kesilapan.
Siapakah yang berani mempertikaikan Allah sebagai Penguasa hukum yang seadil-adilnya. Disebabkan tangan manusia yang kotor, akhirnya Islam dipandang dengan wajah buruk dan tidak relevan pada zaman moden ini. Poligami yang menjadi jalan keluar bagi masalah rumah tangga akhirnya menjadi punca keruntuhan rumah tangga.

Ada pula yang mengongkong isteri atas nama suruhan agama. Maka dibawakan dalil tidak sahih untuk menguatkan perbuatan zalimnya itu. Prof Dr Abdul Halim Muhammad Abu Syuqqah menulis buku mengenai kebebasan wanita dalam Islam, Tahrir Al-Mar’ah fi ‘Ash Risalah. Buku itu dipuji dua ulama terkenal yang menjadi pengulasnya iaitu Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi dan Syaikh Muhammad al-Ghazali.
Syaikh Muhammad Al-Ghazali berkata:

Penghinaan terhadap wanita sudah menjadi amalan kebanyakan umat manusia, pencerobohan hak asasi wanita menjadi tradisi yang berterusan sepanjang zaman. Saya pernah mendengar seorang khatib yang berteriak dari atas mimbarnya berkata: “Semoga Allah merahmati masa wanita tidak keluar kecuali tiga kali dalam hidupnya, iaitu dari rahim ibunya ke alam dunia, dari rumah ibu dan ayahnya ke rumah suaminya dan dari rumah suaminya ke alam kubur!” Saya berkata kepadanya: Masa yang disebutkan khatib tadi adalah masa jahiliah, bukan masa kegemilangan Islam. Bahkan beliau menyebutkan hadis mungkar yang tidak terdapat dalam kitab hadis bahawa Fatimah puteri Rasulullah SAW berkata wanita tidak boleh melihat dan dilihat oleh sesiapapun. Sesungguhnya pemalsu hadis mempunyai agenda mengikut hawa nafsu mereka, sedangkan al-Quran dan hadis sahih Rasulullah SAW sudah terang dan nyata membebaskan wanita daripada kemunduran dan belenggu di tangannya.

Al-Imam Muslim meriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu melarang wanita mendatangi masjid Allah .”
Al-Quran pula menceritakan pembabitan dua puteri Nabi Syuaib yang bekerja mengembala kambing, keduanya bercakap secara langsung dengan Nabi Musa dan seorang daripada mereka berkata yang bermaksud:

“Wahai bapaku, ambillah dia sebagai pekerja, kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil sebagai pekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” (Surah al-Qasas, ayat 26)
Al-Qaradawi pula menunjukkan dalil pembabitan wanita bersama lelaki pada zaman Rasulullah SAW, bahkan isteri Baginda SAW adalah guru besar bagi lelaki pada zamannya. Mereka juga adalah ahli perniagaan berjaya dan pengamat politik yang ulung. Mereka sama sekali tidak dikongkong dalam rumah. Bahkan mereka terjun menceburkan diri dalam arena dakwah dan medan jihad bersama lelaki.

Namun demikian, suami boleh melarang isterinya bekerja jika pekerjaan itu membabitkan sektor yang haram, atau boleh menyebabkan masa depan anak terabai. Suami pula tidak boleh berbuat sewenang-wenang dalam urusan keperluan nafkah isteri. Dia wajib menyediakan keperluan isteri. Isteri boleh menuntut pembubaran perkahwinan jika didapati suami tidak memberi nafkah sehingga berlaku penganiayaan terhadap tubuh badan dan emosi isteri.

Perkahwinan menjadi ibadat bagi dua insan yang bercinta kerana Allah . Suami dan isteri adalah sama-sama bertanggungjawab terhadap amanah yang mereka bina. Jika mahu isteri berkorban untuk kebahagiaan keluarga, suami juga mesti menunjukkan pengorbanan lebih kuat daripada isteri kerana dia adalah pemimpin dalam keluarga. Mereka dituntut untuk saling berganding bahu dalam keadaan susah ataupun senang. Jangan pilih kerja yang susah untuk isteri dan senang pula menjadi bahagian suami. Apatah lagi jika membabitkan urusan penjagaan dan didikan anak. Isteri yang bekerja sering kali mengejar masa dalam membahagi perhatian untuk suami, anak, rumah tangga dan kerjaya. Keprihatinan suami amat dituntut untuk memastikan rumah tangga terjaga dengan selamat sejahtera.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf dan mencegah yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allah . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Taubah, ayat 71)

Sesungguhnya pengorbanan Hajar, bonda Nabi Ismail dan isteri Nabi Ibrahim adalah inspirasi bagi ibu dan isteri supaya lebih bersemangat dan sabar menghadapi ujian rumah tangga. Hajar tidak akan cekal tanpa Ibrahim yang teguh iman. Begitu juga isteri anda, sesungguhnya dia memerlukan suami yang soleh yang sentiasa membisikkan senandung keimanan di sisinya. Kehancuran rumah tangga akan terjadi apabila tonggak iman tidak lagi berdiri dalam hati suami dan isteri.

Ramai pasangan yang berkahwin semata-mata kerana cinta buta, tertarik kepada pasangannya kerana paras rupa atau jawatan, status dan darjat yang dipercayai boleh menjanjikan masa depan cerah.
Tetapi mereka lupa bahawa semua itu tidak kekal. Jika seseorang mendapati pasangannya tidak lagi memiliki elemen perangsang sebegitu, maka mulalah mereka berubah hati. Cinta nafsu akan merudum seiring dengan lenyapnya punca daya tarikan cinta.

Bahkan ada yang tidak tunggu isteri kerepot, sudah sibuk cari yang nombor dua. Kebosanan juga menjadi pemicu keretakan perhubungan dalam rumah tangga. Semua itu berasal daripada rasa hati dan iman.
Lelaki akan diuji oleh harta, wanita dan takhta kedudukan. Hanya yang berhati suci lagi terang oleh cahaya iman boleh menyelamatkan diri dan keluarga daripada kehancuran rumah tangga. Jangan cuba salah guna hukum agama untuk kepentingan hawa nafsu. Pasti sakit rasanya seksaan di dunia apatah lagi di akhirat nanti.

- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my

Tuesday, January 29, 2008

Mahalnya PERKAHWINAN bila ada Ketenangan

“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan rumahku syurgaku,” kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga.
”Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik. Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (An-Nahl: 97)Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.

“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran.Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan.
“Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor. Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28).
Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”
“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.
Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi.
“Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.

Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.
“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih. Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama.
“Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan.

Koleksi ANIS/ Temubual: Zakaria Sungib