Salam Ukhwah

Tuesday, May 20, 2014

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Wahai Kekasih..


21-05-2014
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yg ke-38
Noordin bin Ramli
Moga bertambah umur serta amal kabajikan
Semoga semakin diteguhkan iman

Ya Allah
Panjangkan usianya agar hidupnya menjadi lebih bermanfaat bagi agamanya
Panjangkan usianya agar dia dapat membimbing daku untuk tunduk dan berbakti kepada-MU
Panjangkan usianya agar dia dapat lebih bersyukur atas nikmat rezki yang Engkau anugerahkan kepadanya.

Ya Allah Ya Muhaimin… 
Lindungi suamiku dari segala macam marabahaya
Jagalah dirinya agar sihat selalu hendaknya
Berilah kekuatan, kesabaran dan juga keikhlasan dalam menjalani tugasnya
Lindungi dalam perjalanannya andai ada bahaya yang menerpanya

Ya Allah Ya Rohmaan Ya Rohim..
Dekatkan rezki yang dia usahakan
Jika dia merasa lelah dan putus asa
Tumbuhsuburkanlah semangatnya…

Ya Allah…Ya Rabb
Aamiin Ya Karim

Do’a pinta hatiku
Semoga Allah mengabulkan
Aamin Allohumma Aamiin

SuaraHATI : Moga Bahagia akan selalu memayungi di setiap kehidupan kita.

Sunday, May 18, 2014

Bersangka Baiklah....





Bismillah wal hamdulillah..

Didoakan moga sahabat-sahabat, muslimin muslimat berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Sekadar berkongsi dan coretan dari hati dalam mencari kekuatan…

Suka saya mengajak diri saya sendiri dan sahabat pembaca bertanya pada diri dan cek diri kita sendiri..

“Benarkah orang yang bersangka baik dan sentiasa meletakkan sangkaan baik mendahului sangkaan buruk adalah orang yang sabar”?

… InsyaAllah bersangka baik ada kaitannya dengan sabar. Bahkan jika difikir-fikirkan, dekat sangat. Bukan mudah untuk bersangka baik kerana ianya melibatkan hati.  Perlu mendidik hati. Dan kita tidak akan mampu mendidik hati untuk bersabar melainkan dengan memandang dengan sangkaan yang baik.

Tertarik dengan kata-kata Nabi Yaacob a.s.. “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku” (Surah Yusuf:86)

Orang yang sentiasa bersangka baik dengan Allah akan sentiasa juga bersangka baik dengan manusia. Dan salah satu sunnah serta adab Rasulullah SAW: senyumannya mendahului kemarahannya.. soalnya mampukan kita?? Subhanallah wa astaqhfirullah…

Mari kita cek balik diri kita…

Adakah kita mampu bersangka baik pada keadaan kita seperti ni..

Ø  Kita dengan semangat menyapa orang yang selalu bersama kita, namun tiba-tiba hari tu dia mendiamkan diri dan buat acuh tak acuh dengan kita.. sedih tak?
Ø  Perkara yang kita rancang dan kita usahakan tiba-tiba tergendala di atas sebab-sebab tertentu… kecewa tak kita?
Ø  Tugasan atau kerja kat office yang yang  dah selesai kemaskini dan simpan dalam pendrive  dan yang perlu kita submit pada boss tiba-tiba saja pendrive tersebut hilang dan kebetullan tak pulak kita simpan sebarang copy file tersebut… Allahu
Ø  Sahabat yang paling baik dan paling rapat dengan kita.. dan sahabat yang kita rasa dia paling faham kita.. dan sahabat itu juga yang selalu ada dengan kita time suka duka tup-tup menjauhkan diri dengan kita tanpa apa-apa isyarat… apa sangkaan kita ketika itu?
Ø  Doa yang dipanjatkan pada Allah dengan bersungguh dan sepenuh hati.. namun tidak jua kunjung hasilnya…. Bagaimana hati kita waktu begini?
Ø  Dan kita rasa kita dah banyak buat baik dengan orang, hubungan dengan Allah dan insani juga sangat kita jaga, namun seringkali kita diperlakukan dan dilayan dengan sebaliknya.. terasa tak?

Duhai diriku dan dirimu…

Saya sangat-sangat percaya tentu sekali kita pernah berada dalam situasi begini, seringkali juga mungkin lintasan pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam keadaan ini adalah negative dan bermacam-macam andaian, bukan?.  Sedih ada.. rasa terkilan juga akan hadiri dalam hati. Kenapa berlaku begini? Kenapa jadi begitu? Apa salah aku?.. tentunya pelbagai rasa akan hadir. Tidak salah kita sedih  kerana itu fitrah insani Cuma jangan berlebihan, dalam kata mudah “tak salah sedih tapi jangan lebih”. Jika ada lintasan-lintasan begitu takpa cumanya bersegera cantas perasaan tersebut dengan sangkaan baik.  Kerana itulah sifat seorang mukmin.

“Sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Yunus:62)

Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan Allah dan mengenali Allah kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari Allah. Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa Allah bersama dengannya.  Bukankah Allah itu bersifat Ar-Rahman (Maja Penyayang) dan Ar Rahim (Maha Pengasihani) Allah kasih akan hamba-Nya melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang hamba di sisi Allah, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah… jua tidak ‘menuduh’ Allah dengan tuduhan yang tidak baik.  Baik secara langsung atau tidak langsung..

“… dan bahawasanya Dialah yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis “ (An-Najm:43)

Jika kita memohon pada Allah namun pinta yang ada belum lagi ditunaikan, bersangka baiklah bahawa belum sampai waktunya lagi Allah mengabulkan doa kita. Kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita… mungkin saat itu hasrat tersebut tidak begitu baik untuk kita. Mungkin ada perkara yang lebih baik di sisi Allah yang Allah ketahui untuk kita.  Mungkin jua Allah sudah memakbulkan doa kita, namun kita yang tidak sedar kerana Allah makbulkan doa kita pada bentuk yang lain.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)

Yakin dengan Allah dan jangan PUTUS ASA dalam berdoa. Kerana kata ibnu ‘ataillah:… doa yang kita panjatkan sebenarnya adalah hidayah daripada Allah. Bukti sifat pengasih Allah. Allah jualah yang memberi kita pertunjuk untuk berdoa dan Allah jua yang akan mengkabulkan doa tersebut. Sebagai hamba kita kena sedar bahawa kita berdoa bukan untuk memberitahu hajat kita pada Allah, kerana Allah telah sedia mengetahui hajat kita… namun kerana menyedari bahawa kita adalah hamba-NYA yang lemah. 

Jika dalam muamalat insani kita sering dilayan dengan sebaliknya dan kebaikan yang kita buat, yang kita harapkan, dibalas dengan sebaliknya maka mari kita kita bersangka baik bahawa kita mungkin belum lakukan yang terbaik lagi. Letakkan Qudwah dan sunnah Rasulullah SAW di hadapan diri. InsyaAllah ketenangan itu pasti akan hadir. Tidak rugi melakukan kebaikan kerana ianya tercatat dalam catatan amalan.  Hasil dan natijahnya pasti aka nada di akhirat kelak.

InsyaAllah.. mafhum ayat Al-Quran ; bahawa kita semua SEDANG kembali pada ALLAH.. Cuma kita tidak mengetahui perpisahan rasmi dengan alam dunia ini bila dan bagaimana. Selagi ada kesempatan ini moga Allah sentiasa menganugerahkan taufiq dan hidayah untuk kita perbaiki diri dalam menyediakan bekalan untuk dibawa balik keSANA nanti.

SuaraHATI : Kami amat memerlukan belas kasih dan rahmat dari-MU Ya Allah…