Salam Ukhwah

Wednesday, September 26, 2012

Di Hari Ulangtahun Kelahiran

27-09-2012

Hari nih...

36 tahun berlalu, bermakna selama itu juga tempoh masa yang telah diamanahkan oleh Allah  SWT kepadaku.. dan semuanya ini bakal ditanya kelak.  Ternyata Masa yang ditinggalkan dah panjang berlalu dan masa yang tinggal ni makin sikit. Allahhurabbi..

Entah kenapa   ek,  di hari ini saya berasa sangat sayu… rasa pilu menerjah ke lubuh hati.. rasa bedebar-debar yang tak tahu apa sebab dan penyebabnya.. tarasa seperti orang hilang punca.. serba tak kena dibuatnya. Mungkin merasa pilu atas masa yang berlalu.. terasa pilu mengenangkan bekalan untuk dibawa balik bertemu dengan-NYA sekiranya aku dijemput pulang pada saat ni, debaran yang dirasakan ini bila teringgatkan dosa yang menggunung.

Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kasih dan sayangnya masih memberikan kepadaku sedikit lagi kesempatan untuk bertapak dibumi-NYA, masih diberi ruang & peluang untuk memperbaiki diri dan Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat kesihatan untuk meneruskan usia yang berbaki ini agar sempat mencapai redha-MU.

Terima kasih Mak kerana melahirkan saya… 
Terima kasih ayah kerana bekorban membesarkan saya.. 
Terima kasih suami kerana menikahiku, kerana tidak jemu memimpinku, kerana sangat sabar dalam menjagaku.
Terima kasih abang kakak kerana mengambil berat tentang saya.. 
Terima kasih adik kerana meletakkan diri ini sebagai ‘kakak yg dikasihi’. 

Ya Allah, Ya Rahman,
hari ini hambaMu ini
Bersedia untuk dipanjangkan umur
bersedia untuk melakukan kebaikan
bersedia untuk menerima rezekiMu
bersedia untuk membuka pintu hati menerima cahayaMu ya Allah
HambaMu ini bersedia untuk menerima segala kehendakMu ya Allah

Oleh itu ya Allah,
HambaMu yang lemah ini mohon agar
Dikurniakan olehMu umur yang berkat
Diberikan petunjuk & kekuatan dalam melakukan kebaikan
Dipinjamkan ketabahan & kesabaran dalam mendepani setiap ujian kehidupan

Ya Allah.. banyaknya amanah dan tanggungjawab yang belum selesai.  Bantu aku Ya Allah, hambaMu ini ingin menjadi hamba Yang Taat, Hamba yang sentiasa membuat kebaikan, Hamba yang sentiasa dekat denganMu ya Allah. Hamba yang mengikut segala perintahMu dan yang meninggalkan segala laranganMu.

SuaraHati : "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."


Tuesday, September 25, 2012

Penantian Yang Penuh Pengharapan..

Menanti dan terus mengharap...
 
Saya memahami dan cukup yakin bahawa soal rezeki adalah termasuk dalam tirai rahsia Allah. Sebenarnya tak terhitung rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah Ta’ala. Saya ada 2 tangan yang lengkap jari jemarinya,  saya ada 2 kaki yang membolehkan saya bergerak sana sini, saya juga dikurnikan fizikal yang sihat Alhamdulillah, punyai pekerjaan sebagai sumber pendapatan dalam memenuhi keperluan harian dan macam-macam lagi kurnia dari-NYA. Kalau nak disenaraikan tentu sekali tidak terhitung. Jadi nikmat Allah yang mana lagi nak didustakan?? Nyata sekali tanpa sedar kita leka akan rezeki yang telah diberikan oleh Allah. Marilah kita sama-sama renung kembali akan nikmat yg diberi oleh-Nya. Peringatan juga buat diri saya sendiri terlebih dahulu.


Cuma…

Mungkin rezeki saya & suami untuk mendapat zuriat belum tiba lagi. Boleh jadi Allah tangguhkan lagi untuk kami menerima amanah & anugerah ini mungkin dalam pengetahuan Allah kami belum mampu. Kerana DIA jugalah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami berdua.

Tidak dinafikan sama sekali ada di antara kita meskipun tidak punya anak tetapi diberi Allah pasangan yang saling menenangkan hati, dikurniakan nikmat kesenangan & kecukupan harta, tak kurang juga ada yang mudah naik pangkat, ada juga mereka disenangi orang dan rakan taulan. Ditemukan sahabat yang soleh pun salah satu rezeki Allah juga, serta  ada pula yang dipermudahkan laluan  dan urusan seharian dan macam-macam lagi.

Namun..

Ada sesetengah pula di antara kita, apabila Allah mengurniakan kita zuriat yang berderet-deret, maka kita pun terdengarlah keluhan-keluhan yang adakalanya secara tak langsung menampakan seolah tidak bersyukur.

“Alamak lekat lagi laa”

Ada juga yang dah dapat anak bederet lelaki tapi teringin anak perempuan. Sedangkan zuriat dah ada jika nak dibandingkan dengan orang lain yang belum ada zuriat. Biasala manusia dah namanya MANUSIA yang sifatnya tak pernah cukup dengan apa yang diperolehi.

Ada orang ada anak tapi diuji Allah dapat anak istimewa.. sekiranya saya.. maka mampukah saya??

Tak kurang juga ada orang dah ada anak yang comel, sihat dan keletah menghiburkan tiba-tiba Allah uji dengan ujian kehilangan. Jika saya berada ditempat itu.. maka persoalannya terdayakah saya melalui ujian begini…? Jawapannya belum tentu.

Itulah kehidupan.. persoalannya adalah UJIAN kehidupan, memang kita sebagai hamba maka kita layak diuji. Bukan sahaja berkisar tentang zuriat semata tetapi perkara pokoknya adalah UJIAN.. sama ada punya zuriat atau tidak kita tetap akan diuji. Siapa kita untuk mengatur dan mencatur takdir-NYA? menentukan bahawa zuriat kita sekian dan sekian, siapa kita???  Semuanya telah termasuk dalam tirai rahsia Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha selagi mana tidak melanggar syariat, berdoa dan bertawakal semoga Allah melapangkan jalan impian kita.

Wahai diriku dan dirimu, kita sedang diuji

Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari seribu satu keburukan. Setiap kepahitan akan berakhir dengan kebaikan. Moga-moga kita menjadi seseorang yang berlapang dada dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat menjadi milik hati kita. Berkat redha dan ikhlas serta dengan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, moga semuanya digantikan dengan ketenangan bersama. Andai kata kita telah ditakdirkan tiada zuriat siapalah kita utk melawan ketentuanNya.

Penuh yakin bahawa..

Allah dah tentukan rezki untuk kita.. DIA bagi kita kurang kat sini tanpa kita sedar dalam masa yang sama  DIA telah lebihkan bahagian kat sana. Soal jodoh, soal anak, soal mati semuanya ini Allah dah rancang untuk kita..siapalah kita manusia biasa ni yang asyik bertanya dan mempersoalkan?

Walaubagaimanapun…

Jauh disudut hati ini..masih menanti, masih mengharap dan masih memohon moga-moga Allah kurniakan anak kepada kami andai dengan kehadiran anak itu lebih mendekatkan kami dengan-MU ya Allah.. Andainya kami mampu untuk menjadi ibu bapa yang baik seperti mana perintah-MU maka berikanlah kami peluang untuk pikul amanah itu Ya Allah.  Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

SuaraHati:  Kadang-kadang diri kalah dengan persekitaran yang seakan mendesak & menekan..