Salam Ukhwah

Monday, July 23, 2012

Alangkah Cemburunya!


Ramai pasangan mengimpikan kehidupan seperti bahagianya Rasulullah SAW dengan para isteri baginda terutama Khadijah dan Aisyah R.ha. Namun, berapa ramai yang sanggup meniru kesabaran baginda rasul berhadapan dengan karenah isteri-isteri baginda SAW? Salah satunya adalah sifat cemburu.

Cemburu adalah perasaan fitrah yang berada dalam diri setiap manusia. Cemburu yang baik mendorong pelakunya untuk memperbaiki diri menjadi lebih sempurna, sesuai dengan syariat Allah SWT. Tersurat di lembaran sejarah, isteri kecintaan Nabi SAW, Aisyah R.ha seorang yang cemburu. Namun, cemburunya Aisyah adalah merebutkan cinta kekasih Allah demi mendapatkan redho Allah SWT. Pernah suatu ketika, ketika baginda SAW tidur di rumah Aisyah, baginda terjaga di tengah malam. Baginda SAW memastikan Aisyah tidur lena sebelum keluar dari rumah. Tetapi, apa yang dilakukan oleh Aisyah adalah mengekori pergerakan suaminya. Aisyah ingin mengetahui apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW hingga sanggup meninggalkan rumahnya sebelum fajar tiba? Tidak jauh dari situ, Aisyah melihat baginda SAW berdiri di Perkuburan Baqi’dan mengangkat tangan sebanyak tiga kali. Agak lama di situ, suaminya pun beredar. Aisyah masih mengekori suaminya hingga tiba di rumah mereka.

Nabi SAW hairan melihat keadaan Aisyah yang menggigil ketakutan menyembunyikan salahnya. “Mengapa kamu menggigil wahai Aisyah?” Tanya baginda. Aisyah menggeleng kepala, enggan menceritakan kejadian tadi. “Khabarkan kepadaku Aisyah atau Tuhan Yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui akan memberitahu kepadaku?” pujuk Nabi SAW dengan tenang. Aisyah lalu menceritakan kelakuannya mengekori baginda SAW. Suaminya itu tidak marah, namun memberi persoalan yang boleh difikirkan oleh Aisyah. “Adakah kamu merasa Allah dan rasulNya menzalimi kamu?” Lalu Nabi SAW menerangkan bahawa Jibril telah datang menemui Nabi SAW tetapi enggan memasuki rumah mereka lantaran Aisyah sedang bersama baginda. Jibril menanti di luar rumah baginda SAW dan meminta baginda agar memohon keampunan bagi penghuni perkuburan Baqi’.

Kisah ini mengingatkan kita tentang sikap kebanyakan isteri yang gemar mengambil-tahu setiap yang dilakukan suami, terutama di luar rumah. Naluri wanita yang sarat emosi dan nafsu tidak lepas rasa cemburu dan ingin tahu. Malah, jika boleh divisualkan, para isteri ingin mengetahui sejauh mana rasa cinta suaminya terhadap dirinya. Setinggi gunungkah? Seluas lautankah? Atau sebesar planet bumi? Setiap hari, kebanyakan isteri akan memulakan kehidupan mereka dengan persoalan, berkurang atau tidak cinta suami terhadap dirinya?

Melunakkan Cemburu

Maka, sebagaimana Rasulullah SAW berhadapan dengan karenah cemburu isterinya, begitulah yang patut dicontohi oleh para suami. Melunakkan cemburu isteri perlukan kepada strategi dan kesabaran. Jangan dihapuskan dengan kekerasan. Kisah lain yang menggambarkan kesabaran baginda SAW menghadapi cemburu isteri antaranya ialah peristiwa Aisyah menepis tangan seorang khadam yang membawakan bekas makanan yang dikirimkan Safiyah kepada nabi SAW. Perbuatan tersebut menyebakan bekas makanan jatuh dan pecah. Nabi SAW lalu bangun dan mengutip serpihan bekas tersebut, lalu baginda SAW berkata kepada di khadam, “Ibu anda (Aisyah) cemburu”.
Baginda SAW juga pernah menegur Aisyah secara terus-terang bahawa perbuatan cemburu juga tidak elok. Aisyah bertanya kepada Nabi SAW, “Apakah yang kamu harapkan daripada Safiyyah? Bukankah dia begitu dan begini? (Isyarat bahawa fizikal Safiyah yang pendek). Rasulullah SAW menjawab, “Tahukan kamu wahai Aisyah, kata-kata kamu tadi sekiranya bercampur dengan air laut, sudah tentu akan mengeruhkannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Suami mempunyai kuasa untuk memperbetulkan sikap isteri. Namun, sebelum menegur mereka, suami perlu sedar bahawa isteri adalah manusia yang lemah dan menginginkan perhatian. Tindakan mereka bertitik-tolak daripada cinta kepada suami yang sangat mendalam. Justeru, suami perlu mengingatkan isteru bahawa cinta yang patut diutamakan adalah cinta kepada Allah, melebihi cinta kepada makhlukNya termasuk suami. Dalam hal ini, tugas suami membimbing isteri supaya mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Suami tidak boleh menegur isteri tanpa mereka sendiri menunjukkan tauladan yang baik dan teguran secara berhikmah.

Cemburu Yang Baik

Cemburu bukan sahaja di antara suami isteri, malahan anak-anak. Rasa cemburu wajar ditanamkan dalam jiwa terhadap seluruh ahli keluarga, agar mereka tidak terjerumus ke lembah dosa. Misalnya, seorang suami perlu cemburu jika isterinya tidak menutup aurat. Dia cemburu jika rambut dan tubuh isterinya dilihat oleh lelaki lain. Suami juga perlu cemburu jika isterinya bergelak-ketawa di khalayak ramai dengan meminggirkan akhlak seorang Muslimah. Begitu juga ibubapa, perlu cemburu melihat anak-anak perempuan berpakaian mendedahkan aurat, atau anak-anak lelaki yang bergaul-bebas tanpa batasan. Rasa cemburu dalam hati perlu diiringi tindakan sewajarnya agar pasangan dan anak-anak kembali menghayati perintah Allah SWT.

Orang yang tidak mempunyai rasa cemburu, nalurinya lesu. Cemburu yang baik juga adalah cemburu melihat orang lain bertukus-lumus memperbaiki kedudukannya di sisi Allah SWT dan rasulNya. Hal ini akan mendorong jiwa untuk merebutkan juga peluang menjadi hamba Allah yang terbaik. Orang yang tidak cemburu, akan selesa dengan dirinya seterusnya memadamkan semangat untuk meningkatkan amal kebaikan. Justeru, jika cemburu dapat meningkatkan ketaqwaan, maka biarlah ia berada dalam jiwa. Alangkah cemburunya!

Sumber : http://ummuhani.com

SuaraHati: Saya juga ada perasaan ini, tinggal lagi bagaimana untuk menguruskannya tu yang kadang-kadang saya gagal. Mohon Ya Allah pinjamkan kepadaku kekuatan & panduan.

Tuesday, July 10, 2012

Jangan Biarkan Hati Ini Menghitam


dakwatuna.com – Ya Tuhanku, mengapa Engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta, padahal dahulu aku dapat melihat?” Allah berfirman, Demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, dan kamu mengabaikannya, Jadi begitu pula pada hari ini kamu diabaikan.” (QS. Taha: 125-126).

Ayat yang membuat hatiku bergetar hebat…Takut. Hati ini sungguh takut. Yaa Rabb, bagaimanakah nasibku di Hari Akhir nanti? Apakah hamba termasuk ke dalam golongan yang dihinakan, diabaikan oleh-Mu? Dikumpulkan dalam keadaan buta? Betapa mengerikan! Bayangkanlah… Dikumpulkan dalam keadaan buta … Tuhan kita mengabaikan kita, dan kita pun terhalang memperoleh kelezatan memandang wajah Allah! Na’udzubillah…

Di dunia ini kita telah diberikan berbagai kenikmatan yang sangat besar, mata yang dapat melihat, telinga yang dapat mendengar, mulut yang dapat berbicara, dan juga akal yang dapat berpikir. Bayangkan bila detik ini Allah mencabut nikmat mata, nikmat telinga, nikmat mulut, dan nikmat akal dari kita, apa yang dapat kita lakukan?

Maka, sudahkah kita bersyukur? Menggunakan mata, telinga, dan akal untuk mengambil pelajaran?  Merenungkan dan mengambil pelajaran dari ayat-ayat-Nya? Dengan karunia alat indra dan akal dari Allah, adakah kita semakin mendekatkan diri kepada Allah? Atau malah mata, telinga, mulut juga akal kita gunakan untuk bermaksiat? Kita gunakan nikmat Allah dengan menuruti  hawa nafsu, mata yang mengumbar pandangan, mulut yang berdusta, telinga yang mendengar hiburan yang melenakan, hati yang lalai mengingat-Nya, dan akal yang tak mau mengambil pelajaran, mengabaikan ayat-ayat-Nya… Padahal mata, telinga, dan hati kita sungguh akan diminta pertanggungjawabannya…

Di dunia ini ada manusia yang dikatakan oleh Allah telah buta. Bukan, bukan matanya yang buta, tetapi yang buta adalah hatinya.

Sebagaimana dalam firman Allah Swt:

“Sesungguhnya bukan penglihatan ini yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada.” (Q.S al Hajj: 46)

Mengapa mata hati menjadi buta?  Karena dalam hati  tidak ada cahaya. Bukankah kita dapat melihat karena adanya cahaya? Begitu pun mata hati kita butuh cahaya. Cahaya dari Allah, Sang Pemilik cahaya.

“Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, dan tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, yaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan di barat, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya dia atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. An Nur: 35)

Saya teringat sebuah hadits: “Apabila hamba melakukan dosa, muncul goresan hitam di hatinya. Jika ia melakukan dosa lagi, goresan hitam bertambah. Bila terus begitu, hatinya menjadi hitam.”

Mungkin inilah penyebab butanya mata hati. Hati menjadi hitam karena dosa! Sehingga cahaya ilahi tidak bisa tembus ke dalam hati yang hitam ini!

Rasulullah Saw melanjutkan, “Namun, jika bertobat, hatinya menjadi bersih dan terang.”

Alhamdulillah… Masih ada kesempatan untuk membersihkan hati yang penuh dengan goresan hitam, sehingga hati kita kembali bersih, sehingga cahaya ilahi dapat dengan mudah masuk ke dalam hati ini.
Jangan, jangan biarkan hati kita menghitam, berkarat, dan kemudian membatu. Bahkan menurut Allah, batu pun lebih baik dari hati kita!

“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada air yang mengalir sungai-sungai daripadanya, dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antara sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah… (QS. Al Baqarah: 74)

Tidakkah hati kita seorang mukmin malu ketika membaca ayat ini?  Bahkan batu pun jatuh meluncur karena takut kepada Allah! Adakah hati kita takut kepada Allah? Takut tatkala berbuat maksiat dan dosa? Takut akan azab dan siksa-Nya yang teramat keras?

Rasa takut menuntunku untuk bersegera menghadap Allah, mengambil air wudhu… khusyuk, rukuk dan sujud kepada-Nya, bersimpuh memohon ampunan-Nya…

Duhai Rabb Yang Maha Penerima tobat, Rabb Yang Maha Penyayang, ampuni segala dosa hamba, ampuni hamba yang seringkali lalai… Duhai Rabb Yang Maha Lembut, lembutkan hati hamba, sucikanlah hati ini dari segala goresan hitam akibat dosa,  limpahkan cahaya-Mu ke dalam hati ini, teguhkan hatiku di atas iman, jadikanlah hati ini senantiasa khusyuk mengingat-Mu, hati yang selalu merindukan-Mu, rindu untuk memandang wajah-Mu… 

Ya Tuhanku, kumpulkan aku kelak bersama orang-orang yang Engkau ridhai, jadikan saat berjumpa dengan-Mu sebagai hari terbaik untukku. Amin.

Wallahu’alam bishshawaab.

SuaraHATI : Bila terasa diri diawasi TUHAN, rasa berdosa setiap waktu.

Friday, July 6, 2012

Al-Fatihah buat Nurzahida binti Mohd Zaid

 Nurzahida binti Mohd Zaid dalam Kenangan

 Ketika saya melawat arwah 18/6/2012 (isnin) di KMC, Kuantan

5 Julai 2012 hari Khamis bersamaan 15 Syaaban 1433H saya dikejutkan dengan berita kematian Nurzahida binti Mohd Zaid di Subang Jaya Medical Centre pada jam lebih kurang 12.30tgh. Tatkala mendapat berita tu melalui 1 pangilan telefon, saya tegamam dan dada menjadi sebak dan tak sedar air mata jatuh sampai basah pipi. rasanya baru aritu sembang-sembang dengan arwah.

“Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un” maksudnya, “dari Allah kita datang dan kepadnya kita kembali”

18/6/2012 - dimasukan darah

Marilah kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Nurzahida dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

  KMC pd 22/6/2012 (Jumaat)
Allahyarhamah Nurzahida telah disahkan “leukemia”  semasa arwah dirawat di KMC, Kuantan 2 minggu yang lepas (21/6/2012 Jumaat). Sepanjang hampir seminggu arwah di KMC, sempat 2 kali saya menziarahinya. 18/6/2012 (Isnin) saya pergi ziarah secara solo dan saya menghabiskan masa bersama arwah hampir 2 jam, sempat kami bersembang dan dia ada memberitahu saya dia sedang menahan sakit dibahagian sendi yang amat sangat. Mendegar berita yang beliau telah disahkan mengidap “leukemia” pada waktu rehat tengahari Jumaat (22/6/12) saya bersama sahabat yang lain sekali lagi berkunjung ziarah sebelum arwah dipindahkan ke SJMC. pada hari keesokannya untuk menjalani kemoterapi 

 
Arwah ditemani suami, anak kesanyangan dan ibunya

Sepanjang yang saya kenali arwah, secara pribadi yang saya katakan beliau orangnya adalah  seorang yang sangat baik, seorang yang lemah lembut dan santunnya teserlah dengan semua orang. Dan saya pasti sesuatu yang buat orang akan merinduinya adalah senyumannya. Allahyarhamah Nurzahida seorang yang murah dengan senyuman. Bayangkan masa kami ziarahnya di wad, arwah masih tersenyum walaupun sesekali saya terperasan dahi dan keningnya bekerut mungkin dia sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.

Arwah tetap senyum 
  
Allah menjemputnya pulang disaat arwah sedang berjuang dalam usaha melengkapkan pengajiannya di peringkat PhD dalam bidang Biotechnologi. 

Betul la janji-janji Allah.. bila dah tiba masa nyawa diambil, tiada apapun yang dapat menangguhkannya lagi.. manusia hanya merancang, tapi kita kena selalu ingat Allah yang menentukan.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami.. kami sedar kami tak henti-henti membuat dosa…..tapi kami tahu Engkau juga maha pengampun Ya Rahim…

SuaraHATI: Mereka dah balik.. kita pasti juga akan balik cuma kita tak tahu bila kita dipanggil balik dan bagaimana kita balik. Ya Allah berikanlah kami kesudahan yang baik.