Salam Ukhwah

Thursday, October 13, 2011

Derita Pasti Berlalu Dengan Meyakini Takdir

Biarkan sahaja kepahitan itu pergi supaya digantikan dengan kemanisan. Biarkan kekecewaan itu berlalu pergi supaya kegembiraan mewarnai semula kehidupan kita. Biarkan kegelisahaan itu lenyap dengan sendirinya dan jangan dibiarkan diri kita hilang semangat. Biarkan sahaja penderitaan itu dating menyapa supaya kekuatan kita dijana semula. Biar rebah, jangan sesekali kita berubah, biar terbuang supaya kita terus berjuang. Hidup ini indah sekiranya segala-gala hanya kerana Allah.

Sesungguhnya, hidup ada pasang surutnya, ada turun naiknya, ada susah senangnya dan apa yang pasti setiap daripadanya sentiasa berpasang-pasangan. Semuanya adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan yang peril kita tempuh sebagai pengalaman dan juga fasa kematangan diri. Rasulullah memberikan panduan dengan berkata, “Kejarlah apa yang bermanfaat untuk kamu dan mintalah pertolongan daripada Allah. Janganlah mudah menyerah dan jangan pernah begini”. Namun katakanlah, “Allah sudah mentakdirkan dan apa yang DIA kehendaki pasti akan DIA lakukan”.

Ramai antara kita apabila tidak tahan dengan derita yang ditangung menyebabkan kita melihat hanya diri kita sahaja yang ditimpa kesusahan. Sehinggakan dalam pribahasa melayu ada menyebut “sudah jatuh ditimpa tangga’. Maksudnya disini adalah dugaan yang berterusan sentiasa datanga kepada kita. Sekiranya kita belajar daripada sejarah, kehidupan orang lain jauh lebih menderita berbanding diri kita. Sekiranya penderitaan yang kita rasai lebih hebat, yakini yang kasih saying Allah kepada kita juga hebat kerana Allah mahu mengangkat darjat keimanan kita melalui ujian yang dititipkan kepada kita. Lihat kepada Siti Rahmah (Isteri Nabi Ayub), bertalu-talu ujian menimpanya manakala satu per satu yang dimiliki diambil semula, namun beliau tetap teguh berdiri kerana meyakini ujian Allah itu ada tanda kasih saying kepada hambaNYA.

Rujukan : Buku 10 Tokoh Idola Muslimah terbitan PTS - Sakinah Salleh-

SuaraHati : Wahai diri banyakanlaa mengenali 10 Tokoh Idola Muslimah dan selami rahsia kehebatan, kejayaan dan kekentalan dalam meraih keunggulan