Salam Ukhwah

Sunday, May 29, 2011

Kembali Pada-MU

Alangkah susahnya mendidik hati... Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan... Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan... Alangkah susahnya mendidik hati... Bila dipuji sombong mengisi diri... Bila diuji pencaci dibenci... Hingga berdendam sampai mati...

Didiklah hati... Menuju jalan kebenaran... Demi mencari redha Ilahi...

Allahu ma'i,

Allahu nazirun ilayya,

Allahu syahidi...

Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan, Berdampinglah kamu dgn insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan, Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan, Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain..

Sahabat...

Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikannya segera.. Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku... Luahkanlah agar aku mengubah diriku.. Dan jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa.. Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya...

Ingatlah,

Dalam kita melangkah... Terkadang di uji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis... Peritnya terasa... Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali... sejarah iman yg kian terkoyak. Lantaran ada langkah-langkah yg tersasar dari keikhlasan... Semoga kita tabah & ditetapkan iman...

Ya Allah,

Sesungguhnya kerana Mu lah kami di sini, dan sesungguhnya, kepada Mu lah kami Kembali, Maka, Bila tiba saatnya nanti, Sehingga tiba detik itu, Ku mohon agar Kau pelihara lah diri kami ini... Ameen~

Rujukan : http://theunutterablebeautyofphrases.wordpress.com

SuaraHATI : Ya Allah Engkau berikanlah kekuatan dan keteguhan dalam aku mengurus emosi ini.. berikanlah aku kesabaran serta keterbukaan dalam aku menjaga hati ini.. Ya Allah.. peliharalah akan hati ini.. dan janganlah Engkau biarkan hati ini berpaling daripadaMU.



Thursday, May 19, 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR 'Noordin Ramli'

Ya Allah Ya Waddud

Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama kami dan akhirat kami

Dah lama sangat rasanya tak menukilkan sesuatu kat laman ni.. hari nih walaupaun masih terlalu awal tapi hati ini sangat-sangat berminat nak menulis sesuatu yang ditujukan khas buat insan istimewa dalam hati.Buat insan ini yang aku kena TAAT, insan yang aku kena PATUH, insan ini yang aku wajib HORMATi, insan ini juga yang perlu aku RAIkan , maka insan ini jugalah yang aku harapkan redhanya untuk aku menagih redha Ilahi.

SeLaMaT HaRi LaHiR Suamiku
-Noordin Ramli-
21-05- Lahirnya seorang Hamba Allah yang hensome & kacak dihati ini.
Syukur atas nikmat usia yang DIA pinjamkan.. dikurniakan kesegaran & kekuatan sehingga hari ini. Insyaallah.…
SeLaMaT HaRi LaHiR Suamiku… -Noordin Ramli-....
Semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT, sentiasa disuburi kasih sayang dan rahmat dari-NYA, moga panjang umur dengan keberkatan-NYA, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik oleh-NYA. Syukur tak terhingga kehadrat Ilahi kerana telah meminjamkan insan ini yang amat penyayang, sebagai pembimbingku, dan sebagai teman & sahabat baik ku, moga DIA kurniakan kita ketenangan bersama, senang bersama, suka dan duka bersama. Semoga diri ini akan dapat terus berbakti kepada suamiku ini hingga ke akhir hayat dengan izin serta redhaMu Ya Rabb.

Ya Allah Ya Tuhanku… Lapangkanlah pintu rezekinya, dekatkanlah rezki diusahakannya, Selamatkanlah perjalanannya, Berikanlan dia nikmat kesihatan yang berpanjangan dalam dia mengerjakan ibadah kepada-MU, Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa dihati suaminya. Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. Bantulah aku Ya Rabb..
SuaraHati :- sayang sama kamu sangat.