Salam Ukhwah

Wednesday, March 30, 2011

Syaitan Takut Ganggu Rumahtangga Bahagia

Bila sebut soal ‘Bahagia’ saya pasti semua orang nak kecapi & nikmati rasa bahagia itu diHATI masing-masing. Tak kira pun siapa orang tuh, tak kira apa puan taraf orang tu .. sama ada kaya, miskin, tua atau muda. Selagi ianya adalah manusia fitrahnya tetap mahukan bahagia. Cuma pengertian & penafsiran bahagia itu yang berbeza-beza. Bagi saya bahagia ni bukanlah pada apa dilihat oleh mata tetapi bahagia tuh adalah pada HATI yang merasainya.

Dalam konteks rumahtangga, saya pasti setiap pasangan yang pada mula-mula meletakan hasrat & niat untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri apa yang didambakan adalah sebuah rumahtangga yang bahagia, aman tenteram serta harmoni. Tidak dinafikan setiap insan di dunia pasti mengidam sebuah keluarga bahagia namun, hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Allah dan RasulNya sahaja yang dapat menikmati kebahagiaan itu.

Tapi kadang-kadang kita terlepas pandang, kita selalu mengandaikan bahagia rumahtangga hanya akan terbit apabila kita punyai rumah yang besar, rumah yang cantik dihiasi perabot yang mewah, anak-anak yang berjaya serta cemerlang di sekolah. Kita juga selalu berangan-angan rumahtangga yang bahagia adalah rumahtangga yang ‘serba ada’ dari segi keperluan material sahaja semata-mata. Sebenarnya rumahtangga yang bahagia bukanlah hanya didasari oleh material semata. Rumahtangga yang bahagia & harmoni adalah sebuah rumahtangga yang didalamnya melaksanakan apa yang Allah perintah dan mengikut apa yang Nabi ajar. Insyaallah Syaiton pun takut dan segan silu nak nganggu rumahtangga yang kita bina. Mudah-mudahan Allah sentiasa pelihara rumahtangga kita dari tipu daya syaiton dan manusia.

Saya ada terbaca 1 artikel dan rasa senang nak berkongsi ngan rakan ziarah, moga-moga kira mendapat manfaat daripada info yang sangat ilmiah ini.

Syaitan Takut Ganggu Rumahtangga Bahagia

by rdwirad

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran. Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

Zikir ketika masuk dan keluar rumah. Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:

"Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:

Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga." - (Riwayat Abu Daud).

Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah. Firman Allah bermaksud: "Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik." - (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam an-Nawawi berkata: "Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak."

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

Zikir ketika makan dan minum, Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya:

"Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: "Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: "Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan

berkata: "Aku boleh bermalam dan makan malam." - (Riwayat Muslim).

Membersihkan rumah daripada gambar patung, Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: "Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?

Baginda bersabda: "Bagaimana keadaan bantal kecil ini?"

Aisyah menjawab: "Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan

bersandar." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya orang membuat gambar ini

akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu."

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

Membanyakkan solat sunat di rumah. Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: "Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur." - (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: "Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib." - (Riwayat Nasai').

Harmonikan rumah tangga. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: "Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu." - (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan. Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: "Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: "Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya. " - (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi' bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. - (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud:

"Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat."

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: "Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak." - (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Ye… ini janji Allah.


Monday, March 21, 2011

FitNAH

Dah lama rasanya tak menulis kat laman ku ini.. dah naik makin besawang di laman sesawang yang tak seberapa ini..

Sejak-sejak akhir ni hati terasa makin gerun & pelik pun ada jugak.. seolah macam sekarang ni orang seperti berlumba-lumpa nak buat cerita dan reka drama dalam kata lain sebok beno dengan fitnah & fitnah. Ishhhh kadang-kadang rasa malu tat kala menonton laman mana-mana berita tak kiralah di internet mahupun surat khabar serta di TV, sebabnya macam-macam perkataan baru & istilah terkini yang sebelum ni aku sendiri tak penah dengar.

Fitnah sekarang nih makin meluas dan ramai pulak pihak-pihak yang tetarik untuk melibatkan diri dalam drama serta edisi fitnah ini.. Takutnya.

Teringat pesan Nabi bahawa salah satu tanda-tanda kiamat makin hampir adalah dengan adanya Fitnah yang berleluasa. Takutkan!!! Ya Allah lindungilah kami, selamatkan kami & keluarga kami dari tipu daya syaiton dan manusia. Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yang paling Agung dan yang Paling Berkuasa. Kami hamba2Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaanMu Ya Allah.

Hari ni saya menyinggah ke blog http://ly9176.blogspot.com/ yang menceritakan perihal fitnah ni.. meh rakan ziarah kita baca sama..

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.

Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.� (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.� (Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.� (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.� (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.� (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.