Salam Ukhwah

Sunday, September 26, 2010

Allah pinjamkan usia ini..

Kepada Allah Rabbul 'alamin.. dipanjatkan sepenuh kesyukuran. Terima kasih Allah dibenarkan bernafas lagi pada hari ini. Diizinkan Allah menyedut lagi udaranya yang sentiasa percuma ini untuk kesekian kalinya. Dipinjamkan lagi usia & diberi ruang sekali lagi dalam usaha mengumpul rahmat-Nya. Setahun umur bertambah maka setahun jugaklah dunia ditinggalkan, setahun lebih dekat dengan akhirat. Tiada lain keinginan diri saat ini melainkan untuk menggapai rahmat dari Ilahi. Perlu sedar wahai diri. Diri ini sentiasa diperhatikan.. bila terasa diri diawasi.. rasa berdosa tiap waktu. Diri yang selalu diuntung.. selalu berpaling tapi Allah tak pernah memaling.


27091976 : bertungkus lumus emak bertarung nyawa, agar anak dapat menjengah ke dunia, mengharungi perjalanan dari kampong Kijang yang serba tiada kemudahan pengangkutan menuju ke Hospital Kuala Lipis, sesampainya disitu ayah diberitahu bahawa proses kelahiran tak dapat dijalankan Hospital ini kerana kes perlu dirujuk ke HKL (Hospital KL). Pada malam tuh jugak emak dibawa dari HKL ke HKL bertemankan kepekatan malam… meredah jalan berliku-liku (maklumla masa ni mana ada h/way karak lagi). Diceritakan oleh ayah.. emak sampai di HKL sekitar jam 12mlm kemudian tepat jam 2.45pg aku selamat dilahirkan ke dunia melalui proses bersalin normal. walaupun pada asalnya mak dijadualkan perlu dibedah. Alhamdulillah, syukur Ya Rabb emak yang telah bertarung nyawa pada saat itu masih lagi bernafas diusia ini, dan ditemani oleh suami yang penyayang, dibahagiankan Oleh Allah dengan anak-anak yang sentiasa mengambil berat serta Keluarga yang ceria dan bahagia. Alhamdulillah.. Terima kasih buat mak, bergadai nyawa bertarung maut untuk menghadirkan seorang lagi umat Muhammad. Apapun ucapan yang diungkapkan buat emak ternyata ianya takkan pernah cukup & tak terbayar pun walau segunung intan permata.

Jika diizin ALLAH, perjalanan hidup ini masih panjang..semoga diri ini mampu istiqomah beriman dan bertaqwa melalui liku-liku perjalanan, menghadapi misteri hari esok yang kita tak pernah tahu. Cukuplah hanya ALLAH tempat kita mengadu segala-galanya...aku bermohon kekuatan dariNYA agar diperbaiki segala urusan hidup dan diberi ketentuan menerima segala ketetapanNYA.

“Ya Allah, jadikanlah aku anak yang terbaik Kepada kedua ibu bapaku yang Kau beri, Ya Allah, jadikanlah aku anak menantu yang terbaik Kepada kedua mertuaku yang Kau anugerahkan, Jasa mereka takkan mampu kubalasSelain Kau izinkan aku menjadi yang terbaik, Biar mereka terasa tenang dan puas.Ya Allah, jadikanlah aku isteri yang terbaik Kepada suamiku yang Kau hadiahkan. Dia seorang yang amat baik untuk diberikan kepadaku, Maka jadikanlah aku orang baik dan sesuai untuk dirinyaMakbulkan doa ini Kerana Kaulah yang memberi” (pinjam kata-kata Hilal Ashraf)

Masa untuk koreksi diri.

27/09/2010