Salam Ukhwah

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan Kali….


Insyallah esok kita dah mula puasa dan dah start bangun sahur..

Aku meletakkan harapan penuh.. moga Ramadhan kali ini penuh makna, makna pada diri & memaknai pada jiwa. Ramadhan kembali lagi.. Alhamdulillah syukur sangat ke hadrat Ilahi atas kasih & sayangnya memberi sekali lagi kesempatan kepada diri ini dan diri kita semua untuk berada di madrasah ramadhan pada tahun ini bersama keluarga tercinta. Ramadhan kali ini selayaknya kita berusaha menjadi lebih baik lagi, berusaha mengejar Ridho-Nya kerana belum tentu kita akan bertemu pada ramadhan akan datang & tak tentu lagi kita ni sempat untuk sampai ke penghujung ramadhan kali ini. Sesungguhnya mati kita bila-bila masa boleh tiba.

Ramadhan tahun ni… pertama kali saya & suami berpuasa dirumah baru kami.. rumah yang tidaklah besar mana dan tidak juga secantik mana, tapi yang pasti kami berdua komited untuk mengimarahkan serta menghiasi rumah ini dengan bacaan Quraan.. Insyaallah kami akan lakukan sebaik yang mungkin dengan berbekalkan kekuatan yang Allah pinjamkan ini. kepada kami. Saya menyeru pada diri sendiri terlebih dahulu dan juga pada keluarga saya serta pada sahabat ziarah juga mari kita semua amik peluang keemasan ini untuk berubah pada bulan Ramadhan. Inilah ruang & peluang yang diberikan kepada kita untuk mendidik jiwa semoga kita sentiasa dalam rahmat-Nya.

Buat saudara-mara & sahabat… maafkan saya atas segala perbuatan atau mana-mana perkataan yang mungkin tidak berkenan yang lahir dari dalam diri saya sama ada dalam sedar atau sebaliknya.

Selamat Menjalankan Ibadah di Bulan Ramadhan.

“Ku Mengharapkan RamadhanKali ini Penuh Makna. Agar Dapat Kulalui. Dengan Sempurna. Selangkah Demi Selangkah. Setahun Sudah Pun Berlalu. Masa Yang Pantas Berlalu/ Hingga Tak Terasa ku Berada. Di Bulan Ramadhan Semula. Puasa Satu Amalan. Sebagaimana Yang Diperintahnya. Moga Dapat ku Lenturkan. Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri. Tiada Henti-henti. Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja. Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah. Mengharungi Segalanya Dengan Sabar. Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatanku. Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan. Selangkah Demi Selangkah. Dengan Rahmatmu . Oh Tuhanku ku Tempuh Jua”