Salam Ukhwah

Tuesday, June 29, 2010

Ayah...

Entry aku kali ni sengaja nak becerita & menukilkan tentang AYAH. Bukan juga sempena hari bapa.. tetapi kerana hati ingin meluah rasa.. tiada harta & tiada menda untuk diberikan kepada ayah melain hanya luahan hati yang penuh rasa. Kerana bagi aku hari-hari adalah hari bapa.. & hari-hari adalah hari ibu. 365 hari wajib menginggati & mengenang jasa ibu ayah dan 365 hari juga wajib mendoakan ke-2nya dan 365 hari juga mereka berhak dibahagiakan hingga ke hujung usianya.


ADNAN BIN IBRAHIM. Ayah lahir kalau ikut catatan kad pengenalan pada 16/06/1944. Menurut ayah tarikh ni tak tepat, yang tepat tidak sure sangat sebabnya ayah kata orang zaman dulu main letak dan main agak-agak jek... anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik. Ayah menjadi anak yatim apabila emaknya (Habsah bt Mahmud Baginda) meninggal dunia tika itu usia ayah dalam 3 tahun dan ayahnya (Ibrahim bin Baharin) pula ikut kembali bertemu Maha Pencipta ketika usianya memasuki 6 tahun
Dibesarkan sebagai anak yatim piatu bukanlah sesuatu yang mudah pada zaman tu. Ayah hanya bersekolah sampai darjah empat (4) dek kerana keperitahan & serba kurang maka ayah tiada peluang untuk terus bersekolah.. Ayah boleh menulis dan membaca dengan baik. Penah ayah bekerja sebagai pengutip bola tenis semata-mata untuk mencari duit belanja sekolah. Tulisan rumi & jawi ayah memang cantik kalah tulisan anak dia yg belajar sampai menengah.
Diawal perkahwinan 1961 Ayah hanya berkerja kampung berusaha bersama rakan taulannya membuka tanah di Kg. Kijang dan sesekali berkhidmat sebagai Guru Murid Dewasa yang bergaji sekitar RM80.00 sebulan. Disitu ayah membesarkan 7 orang anak-anaknya dengan segala macam usaha yang dilakukan.
Disember 1976 time tu aku baru berusia 3 bulan, Ayah seterusnya berhijrah & menetap di Felda Jenderak Utara hingga kini sebagai peneroka felda. Banyak perkara baru yang ayah lalui disitu, namun dengan sejarah ayah dibesarkan sebagai anak yatim piatu, banyak mengajar ayah & menjadikannya ayah seorang yang berdikari & berhati cekal. Sesekali ayah sengaja bercerita kisah silamnya bagaimana keperitan zaman kanak-kanaknya juga kesusahan zaman remajanya kepada anak-anaknya yang telah dilalui, tujuan bukan lain cuma mahu berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung agar anak-anaknya mahu mengambil pengajaran & pelajaran dari ceritanya..
Ayahku ini sekali pandang memang nampak macam seorang yang garang. Tetapi dalam ketegasan ayah dia kaya dengan sifat penyayangnya. Ayah sangat berfikiran positif dan seorang yang baik hatinya serta pemurah. Ayah sangat suka menolong orang lain yang dalam kesusahan walaupun pada masa yang sama ayah juga layak dibantu dek kerana kesusahan yang ditanggung.. Ayah bukan jenis yang berdendam dengan sesiapa walau apa pun ada perkara buruk yang pernah diperlakukan ke atasnya ketika zaman kecilnya satu masa dulu.
Membesarkan anak seramai 10 orang (termasuk anaknya yang telah meninggal dunia pada usia 4thn- al-fatihah) membuatkan keseluruhan hidup ayah hanyalah disekeliling paya & denai serta pokok-pokok getah untuk mempastikan anak-anaknya cukup makan.

Kalau duk perhatikan ayah time dia sedang tidur, ishhh tersentuhnya rasa hati ni. Dan hati berkata-kata sendiri, betapa badan yang dulu tegap dan gagah tapi sekarang dah semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambutnya putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Lelaki inilah yang tiap hari bekerja keras tanpa jemu untuk kesejahteraan anak-anaknya, Lelaki inilah rela & sanggup buat apa saja asal perut anak-anaknya kenyang dan pendidikan anaknya lancar.
Ayah ketika diberi perkhidmatan istimewa oleh cucunya -Shazwi
Melihat ayah ketika keadaan itu, satu getaran cinta yang mengalir deras & begetar-getar ketika mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ayah untuk kebahagiaan anak-anaknya Pengorbanan yang amat melelahkan serta memenatkan namun enggan diungkapkan & pastinya tidak tenilai..

Sekarang, walaupun kehidupan ayah tidaklah kaya raya tetapi ayah lebih tenang dan bahagia. Sebahagian besarnya anak ayah telah bekeluarga. Tinggal lagi yang 2nd bongsu & yang paling bongsu. Betul, anak-anak ayah tidaklah berjawatan tinggi bergaji lumayan, menjadi VIP atau pun setaraf JUSA ataupun sebagai jutawan getah dan jutawan sawit, Alhamdulillah anak cucu ayah tidaklah terlibat dengan sebarang masalah keritikal yang merungsingkan & menyerabutkan hati tuanya.

Aku masih ingat, ketika umur aku sekitar 20 tahun waktu tu pertama kali aku meninggalkan kampung berhijrah ke Johor Bahru, ayah berpesan kepada aku..

“Sekiranya kita nak yang baik maka kita kena jadi @ buat baik dulu ”

Aku pegang & ingat sampai sekarang kata-kata ini. Pada aku Ayah memang seorang yang hebat! Ayah kaya dengan kasih sayang kepada anak-anaknya. Tiada beza kasih & perhatian yang dicurahkan kepada anak-anak sehingga masing-masing antara kami tertanya-tanya agaknya...


Anak yang mana satu rapat @ dekat dihatinya?

Adakah Kak Long ? Abg Ngah? Kak Der? Kak Sima? Abg Amir? Abg Su? Atau aku sendiri... atau akak chik? Ataupun anak bongsunya Nurhidayah..???

pun tiada jawapan pada kami, kerana tidak kelihatan walau secuit beza kasih & perhatian yang diberikan oleh ayah kepada anak-anaknya.


Nukilan yang tak seberapa ini tidak mungkin sama sekali mampu merungkaikan segalanya tentang ayah, kerana apa yang pernah dilakukan untuk anak-anaknya tidak dapat diukur & tidak dapat dihitung. Semoga Allah berikan ayah umur yang panjang dalam keberkatan serta nikmat kesihatan yang berpanjangan dan semoga ayah dalam perlindunganNya selalu


SuaraHati : Bangga sangat jadi anak ayah... pasni nak story pasal wanita hebat iaitu 'emak'

Sunday, June 20, 2010

Bagaikan Khadijah dihati Rasulullah...


Semalam sementara nak tunggu bas nak balik Kuantan bergerak kul 11 pagi.. nengok jam ditangan baru 10.15 pagi jadi saya ambil peluang melangkah masuk ke sebuah kedai buku ’Pustaka Azhar’ yang sangat menarik perhatian saya dengan alunan bacaan ayat al-quraan, surah Al-Mulk sedang bekumandang memenuhi sebahagian ruang di Terminal Larkin..

Sangat menarik disini sebabnya banyak sangat pilihan buku-buku yang kaya degan informasi / ilmu. Belek punya belek hati saya tertarik dengan satu buku ini. Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah.. baca mukadimah sket maka saya terus ke kaunter dan bayar.

Naik bas dan sementara bas nak begerak saya sempat baca sket-sket... dan dalam hati saya berkata ‘memang buku ini sesuai sangat untuk diri aku’ .. betapa ALLAH maha mengetahui, betullah DIA tahu apa yang ada dalam hati kita. DIA melihat situasi & keadaan kita.. Cuma kita saja kadang2 terlepas pandang bahawa diri kita & hidup kita nih sentiasa diawasi oleh-NYA. Disaat hati & perasaan yang tak berapa nak tenteram... disaat hati yang tercari-cari.. disaat hati yang gundah gulana maka dengan izin-NYA juga saya ketemu buku ini. Wal hal buku nih sebenarnya dah lama terbit dan melambak kat mana2 kedai buku agama. Mungkin sebelum nih belum jodoh saya nak bertemu dengan buku ni. DIA telah mengerakkan hati saya untuk melangkah masuk ke Pustaka Azhar dan memiliki naskah indah ini.. Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah

Antara yang menarik...

Isteri mengimpikan suami sehebat Rasulullah, suami pula mengimpikan isteri setabah Khadijah

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Tidak kurang pula ada yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal dari dua keluarga yang berbezaa segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

-Bagaimana mahu menjadi isteri pujaan suami?
-Apakah petua kasih dan bahagia?
-Benarkah sekiranya sudah jodoh tak ke mana?
-Sejauh manakah isteri berhaya mengurut ego suami?
-Adakah amalan doa dapat mengharmonikan hubungan suami isteri?
-Siapakah orang pertama yang perlu ditambat hatinya?

Buku ini mampu menjawab segala persoalan yang selalu bermain di minda si teruna dan dara yang masih mencari calon mahupun yang sudah ada calon, termasuk pasangan suami isteri yang sedang melayari alam perkahwinan.

Buku ini menjawab persoalan yang selalu bermain di minda pasangan bagaimana untuk menjadi isteri atau suami pujaan, apakah petua untuk membuat kasih sayang terus mekar dan benarkan jika sudah jodoh tidak ke mana.
Ibarat perjalanan ke arah kematangan, buku ini membongkar rahsia cinta dan perhubungan bermula dengan memahami Bahasa Cinta Lelaki, Magnet Cinta: Membuat Orang Tertarik Hati Setiap Masa dan 77 Panduan Melembutkan Hati Lelaki.

Jangan tak percaya, ada sembilan kesilapan dilakukan lelaki apabila membina perhubungan seperti mengharapkan tuah setiap masa, tidak seimbang dalam kehidupan, terlalu mencari pasangan klon diri dan selebihnya, dapatkan buku ini.
Hakikatnya, kita boleh menjadi Khadijah di hati Rasulullah kerana ramuan kebahagiaan hidup termasuk dalam berumahtangga sudah disajikan melalui penjelasan syarak bagaimana kehidupan perlu dilalui memenuhi fitrah.
SuaraHati: Sedang dalam usaha untuk mendidik hati agar menjadi isteri yang diredhai dan isteri yang membahagiakan suaminya... namun diri ini masih kaya dengan kelemahan-kelemahan yang merenjatkan usaha murni ini... doa dari suami sangatlah diharap2kan sebagai penguat.. Doakan isterimu ini..


Thursday, June 17, 2010

Dengan Iman - Kita Menjadi 1

by : PAHROL MOHAMAD JUOI
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.


Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya: “Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian? Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah: “Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.” Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

SuaraHati : Antara ego & pengorbanan.. sama berat sama payah.. Ya Allah semoga aku menjadi hamba-MU yang sentiasa memperbaharui Imannya setiap saat.. Hanya itu sebagai penawar & panduan...



Wednesday, June 16, 2010

Maafkan Daku...


Terbaca tulisan ini memang tersentuh rasa hati, serasanya seperti terkena batang hidung sendiri... maka bayangan depan mata terus tergambar wajah suci suamiku yang berada di JB waktu ni. Maka dengan sebab tu ditujukan khas buat suami tercinta, Noordin bin Ramli. Walaupun ini bukan hasil karangan diri sendiri tapi apa yang tercatat ini sama dengan apa yang ada didalam lubuk hati cuma tidak terzahir.

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!


Rujukan : http://genta-rasa.com/2010/06/16/maafkan-aku-wahai-suami/



Suarahati : Aku hanya isteri akhir zaman yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang membahagiakan suami.. maka pimpinlah daku.. bimbinglah daku wahai suami yang dikasihi.



Wednesday, June 9, 2010

Wahai PTK

Dah lama rasanya tidak meng'update' laman sesawang ini.. bukan tak ingat atau bukan juga lupa tapinya kadang-kadang masa yang tak seakan tak mengizinkan.. minggu ni rasanya memang mingu sangat sebuk. Walaubagaiman pun hati tetap jugak happy & terhibur sebabnya family sudi nak berkampung kat rumah baru yang kecil & comel ini. Terima kasih mak.. thankss ayah.... dan buat semua yg sudi betandang... Abg Amir dan keluarga dari Bangi, Kak Shima & keluarga dari Gemas, Kak Long, Kak Der dari kampung. Apalagi riuh rendah 3-4hari rumah ni dibuatnya dek kerana kerenah & keletah anak2 sedara yang macam-macam peel.

Esok, 10hb ada PTK lagi.. untuk tadi alhamdulillah selesai jawab soklan objektif & prensentation.. utk esok lakkk memangla buat diri jadi cuak & blurr serta-merta.. mulalah dada nih dap-dup.. dap-dup... sesi yang paling buat diri jadi stress adalah sesi temubual.. lagi-lagi soalan yang berbentuk fakta.... alamak hai... nilah yang paling lemah sekali.. namun diri kena berani & yakin.. ayuh jasminah..... berani daftar PTK.. maka harus berani juga mendepaninya.. baru sat tadi ada jugakla belek-belek sket Buku Panduan Staf... kot-kotla ada soklan yg mengena & terkena esok.. sape tahu kan...?

Apapuan.. bersedialah setakat yang mampu dancuba sebaik yang mungkin... mintak2 ALLAH permudahkan esok...

Hati tetiba jadi rindu sgt kat my hubby.. dah semingu tak besua... tapi terasa macam dah bebulan-bulan tidak ketemu... 'apo nak buek..... bekojolah sekueknyo..'