Salam Ukhwah

Thursday, May 20, 2010

Tibanya 21 May 'Noordin Ramli'

Pertama-tamanya dipanjatkan 1001 kesyukuran atas kasih dan sayang-Nya masih mengizinkan suami ku (Noordin bin Ramli) terus bersama diri ini dan masih ada roh di dalam jasadnya untuk terus bersama-sama sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, Ya Allah.

Ehem... buat suami ku, izinkan dinda (eceh.. puitislah plok) menyampaikan ucapan kudus ini…..’Happy Birthday’ Moga Hidup sentiasa diberkati Ilahi. Meningkat taqwa dan iman dalam hati. Moga berjaya dalam menempuh hidup ini & semoga Allah permudahkan segala urusan. Maaflah banyak-banyak kerana takde apa yang istimewa daripada isterimu di hari yang istimewa ini. Namun, kanda tetap menjadi insan yang istimewa di mata dan jugak dihati ini.

Semalam memang sengaja tunggu detik 12.00mlm coz nak jadi orang pertama yang menyampaikan ucapan “Selamat Hari Jadi” Terfikir jugak apalah agaknya yang harus aku lakukan pada hari ni demi menyambut tarikh istimewa ni. Memang aku sendiri dah sedia maklum sangat bahawa suamiku ini tak pernah pun nyambut birthday semasa bujangnya, apatah lagi masa zaman kanak-kanak riangnya dulu. Samalah jugak dengan aku sendiri tak pernahnya tahu pasal semua ni. Cuma sejak-sejak masuk alam muda remaja, kawan-kawanlah mengajar & memperkenalkan camne nyambut birthday. Lastly aku cuma menyediakan mee goreng mamak (tak pasal-pasal mamak yg dpt nama) & green tea kegemaran suamiku sebagai sarapan pagi tadi.

Memang betul ianya bukanlah sepatutnya untuk disambut secara obses atau untuk dipestakan @ dikendurikan . Namun, ianya sekadar meraikan insan tersayang agar ianya berasa diingati dan dihargai, itu sahaja. Malah dengan cara ini kita juga dapat merasakan kemesraan perasaan itu sendiri. Tidak ada yang ekstrim @ telampau mengenainya melainkan cuma seadanya saja.
Suarahati : Moga bahagia dunia akhirat

Tuesday, May 18, 2010

Syukur Atas Nikmat Usia - Suami Tercinta 'Noordin Ramli'

21hb Mei. 2 hari lagi sebenarnya tapi rasa macam saja tak sesabo laks nak bagi ucapan yang advance buat suami tersayang.. “selamat ulangtahun kelahiran wahai suamiku” moga dipanjangkan usia beserta ketaatan kepada-NYA.. juga ditambah pintu-pintu rezki bersama-sama keberkatan-NYA.

Ya Allah Ya Rahman...
Engkau selamatkan perjalanan suamiku ini.. pergi dan pulangnya.. Lindungilah akan dia dari sebarang tipu daya syaitan & manusia.

Ya Allah Ya Rohim...Engkau dekatkanlah rezki yang sedang dia usahakan... kurniakanlah kepadanya kekuatan & kekebalan jiwa dalam menempuh apa sahaja ujian yang engkau sediakan untuknya. Berikanlah kepadanya nikmat kesihatan yang berpanjangan agar dia terus gigih & gagah untuk mencari Redha-MU

Ya Allah Ya Latif...
Perkuatkanlah kasih sayang antara kami... gembirakan kami dengan redha-MU.. Lembutkan hati kami dalam menerima kekurangan / kelemahan antara kami..

SuaraHati :-

Kanda.. I LOVE U & Miss U so much.. thanks for being my veryyyyy gooood hubby.
p/s : sebenonya gambo yang ditepek tuh dia ala-ala animasi sket.. tp apsal dia tidak beranimasi spt yang sepatutnya plaksss ek.... frust arrr design tak menjadi ni.