Salam Ukhwah

Sunday, January 10, 2010

Perjalanan Yang Panjang Baru Bermula

Ia sebenarnya baru bermula. Ia baru langkah permulaan. Itulah kta-kata yang boleh digambarkan bilamana melihat jenazah muslim dikembumikan di dalam liang lahad.
Kenapa kita mengatakan suasana itu langkah permulaannya? Bukankah sudah bertahun-tahun ia bermukimkan di perkampungan fana ini? Bukankah kematian itu merehatkannya daripada penat dan lelah dunia?
Memang benar, perjalanan hidupnya di dunia telah sampai ke titik noktahnya. Namun, yang baru bermula adalah perjalanan akhiratnya. Safar akhirat yang panjangnya tiada berpenghujung.
Bagi ahli dunia, segalanya dikira selesai (habis cerita) saat nisan dipacak kemas di permukaan timbunan tanah yang masih merah.
Tetapi bagi ahli akhirat, oh…. Hanya Allah SWT yang maha tahu. Jenazah si fulan bin si fulan baru sahaja dipersiapkan untuk memulakan perjalanan yang amat panjang.
Sabda Nabi SAW : “Sesunguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama bagi alam akhirat.” (Riwayat at-Termizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Sama ada suka tak suka, besedia atau tidak bersedia, dia mesti memulakan perjalanan akhirat ini. Perjalanan yang menyaksikan betapa kerdil, bodoh, lemah serta amat jahil sekali diri. Perjalanan yang menyingkap betapa ia baru tersedar, terkejut dan tersentak daripada lamunan (mimpi) yang panjang, hidup di dunia bagai katak di bawah tempurung. Kini, di depan matanya bukan perjalanan fantasi lagi Ia adalah perjalanan realiti, pasti lagi hakiki.
“Arghh!.. Jahanam! Celaka!” Begitulah bayangan kekejutan mereka yang mati-mati berpegang kepada andaian bahawa dunia adalah penamat segala-galanya. Bahkan itulah tempikan penasaran para pendusta yang mendustakan kehidupan dan pembalasan selepas mati.
Benar kata Nabi SAW di dalam mafhum sepotong hadis. Antara yang rehat dan rehat kerananya. Yang rehat ialah mukmin. Apabila ia mati , maka kerehatannya daripada penat lelah duia pun berakhir. Yang rehat kerananya pula ialah orang fajir; ‘orang jahat’ seperti seorang pembunuh, perombak, pengganggu keamanan, perogol bersiri, pengedar dadah, pemfitnah, ditator dan banyak lagi. Apabila matinya dia, maka orangamai pula dapat berehat daripada kejahatanya.
Maknanya, bagi para mukminin dan muttaqin, kubur yang menjadi pintu gerbang perjalanan akhiratnya itu bakal menjanjikan ‘pakej’ kerehatan yang amat panjang lagi abadi. Manakala bagi si fajir, bagai yang dikata dan disangka, maka bermulalah episod derita, episod duka yang berlatarbelakangkan air mata darah!
Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan betapa mayat para kfar ang menjerit dan menolong diseksa siang dan malam, merayu kepada Allah SWT agar disegerakan hari kiamat, kerana sudah tidak tahan dan tidak mampu menanggung kepedihan sakit yang amat sangat. “Ya Allah! Segerakanlah hari kiamat! Percepatkanlah hari berbangkit! Agar kami boleh lepas daripada kesakitan ini”.
Demikian rayuan hiba mereka.

Namun, semuanya tiada guna lagi. Kubur adalah jawapan kepada perjalanan akhirat yang panjang. Andai seseorang itu dimuliakan, mulialah dia selama-lamanya. Andai dihina, maka terhinalah berpanjangan.

Rujukan : Bawa Hatimu Kepada TUHAN – Ustaz Amaluddin Mohd Napiah
SuaraHati : Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad. Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahawa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kubur. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja...
YaALLAH... Kurniakanlah kepada kami KESUDAHAN yang baik.


Thursday, January 7, 2010

Dia Tenang, Engkau pun Tenang..

Saya sedikit terkedu apabila membaca dialog antara adam dan hawa diciptakan. Beginilah lebih kurang ringkasan dialog tersebut :

Adam : Siapakah engkau?
Hawa : Aku seorang perempuan.
Adam : Kenapa engkau dicptakan?
Hawa : memberi ketenangan kepadamu


Ohh!! Rupa-rupanya kaum Hawa ni dijadika untuk kaum Adam nntuk tujuan itu. Tapi, kenapa sebahagian kaum Adam akhir zaman ni tak tenang walaupun Hawa di sisi? Apakah Hawa yang satu ni sudah lupa aal usul kejadian? Adakah hawa sudah hilang sifat wanita? Adakah hawa sudah mengambil dan mencuri sifat Adam? Kalau begitu, mana mungkin Adam ‘ori’ dan Adam tak ‘ori’ tidur satu bumbung? Mana biasa Adam ‘ori’ dapat tenang apabila Adam tak ‘ori’ sudah langgar border dan territory?


Paling kritikal, Hawa selalu lupa bahawa dirinya adalah Hawa yang penuh dengan sifat-sifat keibuan, lembah-lembut, mengambil berat, penuh kasih sayang dan sifat-sifat lain lagi. Apabila sifat-sifat ini tidak dipamerkan kepada Adam, malah sifat-sifat Adam pula yang ditonjolkan, sudah pastilah Adam jadi pusing dan hilang bahagia.


Sebagai seorang Hawa bergelar isteri, apabila engkau nak minta sesuatu daripada suami, nak memberitahu sesuatu, nak mendesak sesuatu dan sebagainya, mestilah dengan gaya dan cara seorang isteri – penuh berhikmah, bertoleransi dan diplomasi. Janganlah lagi bawa cara sebelum kahwin – saat-saat engkau dan dia bergelar boyfriend dan girlfriend. Saat-saat yang mana semua tingkah laku buruk hatta kentut busuk engkau indah dan harum di mata dan hidung dia. Saat-saat di mana dia membutakan mata dan memekakkan telinga daripada segala cacat-cela engkau, dek bahana api cinta yang menyala-nyala.


Engkau pula, demi untuk memastikan sang arjuna terus ‘tangkap leleh’ dengan engkau hingga ke jinjang pelamin, sangup bertopengkan malaikat dan bidadari sehingga dipijak semut pun engkau boleh mati. Tapi itu semua zaman seronok, syok-syok dan happy-happy. Sekarang zaman real life sebagai suami isteri yang mana semua buruk baik pribadi engkau terdedah satu-persatu. Perangai buruk dan busuk engkau masih bertali-temali sejak zaman prakahwin sehinggalah usia perkahwinan engkau sampai ke sekian tahun.


Engkau kena inggat, dia tu suami engkau. Taraf dia tinggi tau! Manalah boleh engkau becakap kasar dengan dia. Mana boleh jatuhkan maruah dia. Mana boleh cemburu buta dengan dia, mendesak itu dan ini, merendah-rendahkan keupayaan dia serta mengutamakan kerjaya sehingga terabai suami dan rumahtangga. Semua itu tak boleh!!


Habis tu apa yang boleh? Yang boleh ialah berlaku taatlah kepada dia walau macam mana pun dia. Apabila engkau menjalankan kewajipan engkau terhadap dia betul-betul, nanti ALLAH akan tenangkan hati dia. Bila dia tenang, engkau pun akan tenang juga. Begitulah sifirnya.


Firman Allah bermaksud :

“Dialah zat yang menciptakan kamu daripada satu jiwa dan menjadikan isterinya daripadanya agar dia menjadi tenang dengannya” (Al-A’raf:189)


Dipetik dari Buku ‘I Love U too’ (Badrul Hisham Shari)




SuaraHati : Banyak juga perkara yang perlu bermula daripada pihak isteri sebenarnya kan. Masih banyak perkara yang perlu diri ini cari & gali... yang perlu dipaham dan dimegertikan dalam erti kata yang sebenar. Ya ALLAH.. jadikanlah isteri yang mendamaikan.. isteri yang menenangkan.. dan juga yang mengembirakan hati suamiku.



Mari Kita Bersyukur


Sambil menonton Semanis Kurma TV9 malam tadi.. sempat jugala saya mencuri-curi belek buku yang ada dalam rak kat rumah.. rasanya dah lama juga saya tak mengintai buku-buku yang ada di situ...

Maka tercapai saya pada 1 buku yang dibeli daripada seorang sahabat 'Mazni Ismail'(Mekasih Mazni) setahun yang lalu berjudul Tarbiyah Dzatiyahtulisan Solkhin Abu Izzuddin. Saya terus membaca pada page yang dibuka.

Tentang Syukur...

Saya selalu mengingatkan diri sendiri... Kita kena belajar bahawa kita tak selalu mendapat apa yang kita suka, kerana itu kita perlu selalu menyukai apa pun yang kita dapat. – dengan ini akan mewujudkan perasaan syukur. Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting. Dengan bersyukur kita akan sentiasa diliputi rasa damai, tenteram dan bahagia. Sebaliknya perasan tak bersyukur akan sentiasa membebani kita. Kita akan selalu merasa ada yang kurang dan tak bahagia.

Ada 2 pekara yang membuat kita tak bersyukur. Pertama, kita sering memfokuskan diri pada apa yang kita inginkan bukan pada apa yang kita miliki. Katakanlah kita dah pun memiliki sebuah rumah, kenderaan, kerja tetap dan pasangan yang baik. Tapi kita masih rasa kurang.

Fikiran kita dipenuhi berbagai target dan keinginan. Kita begitu terobses oleh rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak duit. Kita selalu inginkan itu dan ini dan bila kita tak dapatkannya kita asek sentiasa memikirkannya. Tapi pelek juga kita ni, walaupun sudah mendapatkanya, kita hanya menikmati kesenangan cuma sesaat. Kita tetap tak puas, kalau bleh kita nak lebih lagi. Jadi betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi ‘kaya’ dalam erti kata yang sesungguhnya.

Cuba kita fahami mengenai orang ‘kaya’. Orang yang ‘kaya’ bukanlah orang yang memilki banyak harta kesenangan semata-mata, tetapi sebenarnya adalah orang yang dapat menikmati apa pun yang mereka miliki. Tentu boleh saja kita memiliki keinginan, tetapi kita perlu sedar bahawa inilah sebenarnya akar perasaan tak tenteram. Kita dapat merubah perasaan kita dengan cara kita fokus kepada apa yang telah kita miliki. Mari kita lihat keadaan sekeliling kita, fikirkan tentang apa yang telah kita miliki dan syukurilah dan pasti kita akan dapat merasakan nikmatnya hidup.

Tumpukan perhatian kita pada sifat-sifat baik orang sekeliling kita dan pasangan kita. Mereka lebih menyenangkan. “Menikahlah dengan orang yang kita cintai, setelah itu cintailah orang yang kita nikahi!” Ini akan mewujudkan rasa syukur.

Teringat pada satu cerita, orang muda yang mengeluh kerana tak dapat nak beli kasut baru bagi mengantikan kasutnya yang dah lama rosak. Suatu hari dia ternampak seorang yang lain yang tidak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Saat itu juga orang muda ini berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.


Perkara Kedua
yang sering membuat kita tak bersykur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita selal sangat merasakan orang lain lebih beruntung. Ke mana kita pergi selalu ada orang yang lebih pandai, lebih cantik lebih percayakan diri dan lebih kaya dari kita. Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki. Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.

Memaknai kejayaan bererti belajar memaknai hati kita masing-masing dan menciptkan sendiri kebahagian kita. Kerana boleh jadi kita melihat orang lain berjaya, tetapi oran tersebut merasa belum berjaya sebagaimana persepsi kita. Demikian jugalah sebaliknya. Sepatah kata orang dulu-dulu ‘orang hidup itu saling memandang satu dengan yang lain.

Maka berbahagialah orang yang mampu menjaga hatinya untuk tetap dalam kesyukuran. Kerana memang syukur itu adalah makam tertinggi seorang mukmin. Wallah ualam

SuaraHati: Syukur mungkin mudah untuk sebut di bibir yang diciptakan ini, namun namun untuk memaknainya bukanlah mudah seperti dilafazkan. Ya ALLAH.. jadikanlah aku hamba-MU yang tahu bersyukur