Salam Ukhwah

Monday, September 28, 2009

Aidilfitri 2009

Tahun ni sambut raya nun di Kelantan sana kampung kelahiran suami. Buat pertama kalinya berhari raya kampung sebelah mertua, memang gembira apabila berada disamping suami... namun jauhlah disudut hati ni terasa sedih mengenangkan kampung sendiri, mak dan ayah serta adik beradik.


1st time beraya di tempat orang pastinyalah dapat pengalaman baru ... Caranya lain, keadaan dan suasananya sangat berbeza seperti sebelumnya... peluang yang ada ini memang sangatlah baik digunakan untuk kenal-mengenal saudara mara sebelah suami. Peluang ni memang rugi kalu dibiarkan gitu saja... peluang saudara mara berkumpul beramai-ramai amat jarang sangat kita akan dapat...mungkin hanya setahun sekali aje seperti hari raya ini.


Raya pertama kami pakat-pakat pegi beraya ziarah saudara disekitar Tanah Merah dan dah hampir menghala ke area daerah Jeli. Dalam banyak-banyak rumah yang disinggah belum dapat berjumpa ngan Rendang... semuanya ketupat daun palas yang dicicah dengan manisan nisan. Rumah terakhir yang disinggah di Nibong, ada dihidangkan Mee Bandung.. waaa rasanya sedap leh tahan..


Hari ke-2, kami beraya ke Tumpat & Rantau Panjang, menu utama dihidangkan adalah ketupat daun palas & tapai pulut. Dikesempatan ini jugakla saya tak melepas peluang menyinggah deretan kedai bebas cukai untuk cuci mata.


Habis acara beraya di Kelantan... raya ke-3 seawal pagi saya dan suami bertolak balik ke Kuala Krau bersama mertua, Alhamdulillah keadaan jalan clear hingga dan kami bebas dari kesesakan jalan yang menjadi bayangan ngeri. Perjalanan balik kami singgah di Chalil, Gua Musang. Ist time saya sampai ditempat ini.. pandangan sangat cantik.. udara yang sangat bersih dan kawasan berbukit yang sangat menarik pandangan mata saya.. singgah beraya dirumah saudara sebelah mertua dan kami dihidangkan makan tengahari berlaukan ayam kampung... perhhhhh memang best.


Sunday, September 27, 2009

Happy Birthday to Me


27hb September Selamat hari ulangtahun kelahiran buat diri sendiri, semoga dipanjangkan umur beserta ketaatan kepada-NYA. Dilimpahkan rezeki berganda dalam berkat ketaqwaan terhadap-NYA.. semoga diri sentiasa tabah menghadapi segala ujian dan dipermudahkan segala kesulitan.


Dipanjatkan kesyukuran atas segala nikmat ALLAH yang tidak terhingga... dikurniakan keluarga dan saudara mara yang bahagia, diberikan kerjaya, dikurniakan nikmat kesihatan yang baik, dan semoga dikurniakan nikmat kecukupan atas setiap kurnian-NYA.
Semakin usia meningkat maka semakin sedikit ruang dan peluang untuk mengerjakan amal ibadah... semakin singkat masa yang tinggal untuk mengumpul bahan buat bekalan DISANA nanti.. Ya ALLAH berikanlah aku kesempatan lagi...
Wahai diri... semoga sentiasa bersedia menghadapi mati, kerana tarikhnya menjadi rahsia dan teka teki, Malaikat Izrail sentiasa memerhati dan bersedia untuk menjalankan tugas dan melaksakan arahan dari ILAHI... ajal yang datang dimuka pintu tiada siapa yang memberitahu, tiada siapa pun dapat hindari dan tiada siapa yang terkecuali...
Kenangan bersama kawan-kawan 11 tahun yang lalu...

YaALLAH.. berikanlah aku sedikit lagi kesempatan dan kekuatan untuk terus mencari keredhaanMU.... Pimpinlah aku ke jalan yang ENGKAU Redhai.

Terima kasih kepada Ayah & Ibu kerana membesarkan aku sejak kecil dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Monday, September 14, 2009

Balik Kampungggg....

Tahun ni buat pertama kalinya beraya di kampung sebelah mertua(nenek hubby).. nun di Kelantan sana.
Hati ni memanglah gembira sangat berada disisi suami tercinta di pagi raya tu.. namun jauh disudut hati ni berasalah jugek sedih dan sayunye mengenangkan mak & ayah dikampung sendiri... terbayang-banyang keletah anak-anak sedara yang bemacam jenis ragam... teringat-ringat kemeriahan bersama adik beradik dan ipar duai 'rewang' menyiapkan juadah shawal.
Namun apa kan daya.. tanggungjawab kenalah dilaksanakan dan janji kena jugak dipatuhi.. 'raya gilir-gilir'.. tahun lepas kampung kita.. tahun ni kampung dia lah pulak kan... pagi raya nanti lum dapat nak bayangkan camne lee agaknya hati & perasaan ni... minggu lepas time salam ngan mak & ayah wish 'selamat hari raya' pun suara dah tesekat-sekat... (nak nangis lah tuh) tp control abis.. tak nak nangis.
Lepas beraya kat Kelantan ni... InsyaAllah raya ke-3 bertolak balik ke Jenderak Utara kampung halamanku tercinta. Memang kena tabah dan sangat menguji kesabaran sebabnya nak kena meredah jalan yang sesak, sendat dan bederet-deret tuh sepanjang perjalanan... namun perjalanan jauh tak kurasa... kerna hatiku melonjak sana.. ingin berjumpa keluarga.... InsyaAllah...

Saturday, September 5, 2009

Rahsia Pengurusan Wang yang Berkesan


DUIT ooo Duit... Walaupun bukan segala-galanya.. tp ianya 1 keperluan.
Pernahkah anda membaca buku The Richest Man In Babylon? Buku ini adalah antara buku yang terlaris didunia sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia adalah buku pengurusan wang sepanjang zaman. Pengajaran dalam buku ini adalah sangat penting dan disampaikan secara berkesan sekali. Tidak hairanlah buku ini telah membantu ribuan manusia diseluruh dunia berdekad-dekad lamanya menjadi orang yang berjaya dalam urusan kewangan. Ramai jutawan telah lahir daripada ilmu yang diajar dalam buku ini.
Setiap orang mempunyai wang pendapatan bulanan daripada gaji atau keuntungan perniagaan atau pencen atau biasiswa dan sebagainya. Tetapi tidak ramai yang tahu menguruskan wang tersebut, ianya mudah dengan konsep 1 2 7.
Ini rahsianya :
10% dari pendapatan anda mestilah anda asingkan, simpan atau laburkan (simpanan tetap, ASB, etc).
20% dari pendapatan anda digunakan untuk bayar hutang. Jangan lebih dari 20% dari pendapatan anda, walaupun hutang berjuta ringgit (Kredit Kad, Buku 555 hehehe).
70% dari pendapatan anda digunakan untuk membiayai semua perbelanjaan kehidupan anda (Belanja Harian, Dapur, Motor @ Kereta dll)
Amat ringkas bukan? tetapi melakukannya memang payah! so macam? tepuk dada tanya selera?Jika gaji kita RM1000 10% sudah cukup untuk kita buat simpanan atau melaburkannya, dan jika kita tak punya hutang kita boleh simpan atau laburkan 30% daripada gaji kita, cuba bayangkan simpanan atau pelaburan anda dalam setahun? 5 tahun? 10 tahun? kira ar sendiri!
Akan sentiasa ada dari kalangan keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah kewangan dan mereka akan menghubungi anda atau mungkin berlaku pada anda sendiri untuk meminjam wang dengan memberi janji akan bayar balik dalam beberapa minggu atau bulan. Orang yang bermasalah kewangan adalah orang yang tidak tahu menguruskan wang. Selagi dia tidak mempelajari cara pengurusan wang yang betul selagi itulah dia akan terus bermasalah. Meminjamkan wang kepada mereka tidak akan menyelesaikan masalah kewangan mereka. Mereka akan meminjam lagi kepada anda apabila wang yang anda berikan telah habis mereka gunakan. Masalah kewangan mereka akan memberi masalah kepada kewangan anda, dan jika anda tidak berhati-hati masalah kewangan mereka akan berpindah kepada anda. Cara membantu ahli keluarga atau kawan anda ialah dengan tidak meminjamkan wang anda kepada mereka! Mereka perlu kurangkan hutang, kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Bantu lah mereka dengan memberi idea bagaimana mereka boleh mengurangkan perbelanjaan dan menambahkan pendapatan. Jika anda tidak mempunyai idea, carilah kawan-kawan yang mampu memberi idea yang baik. Buka kan mata mereka untuk melihat peluang-peluang menambahkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka. Cara ini mereka akan dapat menghormati diri mereka dan dihormati oleh orang lain.Mulakan dari sekarang! Selagi anda masih hidup anda belum terlambat!
Petikan dari laman Pengurusan Wang Yang Berkesan KML Center; The Richest Man In Babylon.

Wednesday, September 2, 2009


Buta Mata
Album : Yang Dirindu
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti
p/s: teringat zaman sekolah dulu (sekitar 1989)... lagu ini lah yg dinasyidkan.. wah masa tuh suka beno dlm hati kalu dipilih sebagai penasyid.. semua lagu HAFal..