Salam Ukhwah

Monday, August 17, 2009

Mengendalikan Diri Dalam Mencari Rezeki

Masalah adalah warna kehidupan dan setiap manusia tentu mempunyai masalah masing-masing. Hal itu tidak boleh dielakkan kerana itulah fitrah kehidupan. Kadang-kadang timbul masalah yang mendewasakan diri kita namun bagi mereka yan tidak tahu mengendalikannya, masalah itu umpama suatu malapetaka. Dalam menghadapi apa sahaja masalah, sebaik-baiknya kita menganggapnya sebagai sarana bagi kita menjadi matang dan maju dalam pemikiran, tindakan dan sikap.
Kita boleh menganggap masalah sebagai cubaan, ujian mahupun teguran. Masalah boleh menekan jiwa kita dan menghimpit fikiran kita. Namun, masalah juga mampu menumbuhkan emosi kita. Ini adalah bergantung kepada kapasiti seseorang menghadapinya. Semakin bertambang usia kita, biasanya semakin besar cubaan dan semakin bertambang pula masalah yang kita perlu hadapi.
Dalam hidup ini, kita sering saja dihadapkan dengn pelbagai masalah yang memerlukan penyelesaian. Masalah wujud apabila persoalan yang tidak dapat diselesaikan. Dalam hal ini, manusia sering berada dalam situasi yang kurang menguntungkan. Pada waktu itu, timbul keinginan atau dorongan yang menimbulkan keresahan. Keinginan atau dorongan itu teperangkap di alam bawah sedar sebagai tekanan yang boleh menimbulkan tindakan. Ia adalah naluri manusia yang semula jadi. Contohnya, dorongan bagi mengendalikan sesuatu pekerjaan supaya memperolehi keuntungan dan tidak rugi. Ini adalah dorongan semula jadi yang ada pada setiap manusia. Masalah timbul apabila dorongan itu condong kepada tindakan negatif.
Dalam hal ini Quraan dan hadis menyeru kita mengendalikan semua dorongan dalam batas-batas syariat. Quran tidak menyeru manusia menghapuskan dorongan semulajadi itu. Apa yang perlu adalah mengendalikannya secara sihat demi kebaikan manusia itu sendiri. Oleh itu, ayat-ayat Quran lebih menjelaskan mengenai pemenuhan dorongan fisiologi yang diperlukan oleh setiap manusia.
Allah menjelaskan :-
Wahai sekalian manusia, makanlah makanan yang halal dan baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. – (Al-Baqarah :168)
Kita perlu mengendalikan diri termasuk dalam hal mencari rezeki, kerana apabila kita membiarkan keinginan menguasai diri kita, maka kita menjadi lalai, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Allah menjelaskan :-
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan apa-apa yang baik yang ALLAH halalkan bagimu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang yang melampai batas. Makanlah makanan yang halal lagi baik.
daripada apa yang ALLAH rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada ALLAH serta berimanlah kamu kepadanya.” (Al-Maidah : 87-88)
Dalam mencari rezeki, ALLAH menekankan supaya setiap manusia memilih rezeki yang halal. Halal di sini termasuk cara mencarinya iaitu ia perlu sesuai dengan syariat yang ALLAH tentukan. Sedangkan rezeki yang haram adalah rezeki yang diperoleh dengan cara yang diharamkan misalnya mencuri / rasuah. Mencari rezeki dengan cara haram wujud daripada cara berfikir yang sesat. Sesat berfikir itu pula terhasil apabila manusia tidak mengendahkan tata aturan yang benar. Manusia seperti itu hanya mementingkan hawa nafsu dan mahu mencapai segala yang diinginkan tanpa menghiraukan caranya.
Biasanya apabila seseorang yang lama terhimpit dengan kesusahan mendapat kesempatan ataupun peluang, dia menggunakan kesempatan itu tanpa mengira adakah ia benar atau sebaliknya. Dengan itu, dorongan negative menguasai dirinya. Pemikirannya terhambat dan ia tidak lagi berfungsi dengan betul. Dia sanggup mengambil jalan yang menyimpang dan bukan jalan yang lurus.
Apabila pemikiran seseorang terhambat, dia menjadi static dan tidak mampu menerima pendapat serta fikiran baru. Apabila seseorang sampai kepada keadaan yang demikian, pemikirannya kehilangan nilainya. Seterusnya dia kehilangan karakter utama yang membezakannya di antara manusia dan haiwan.
Sumber : Buku : Magnet Rezeki Dgn Solat Dhuha

Thursday, August 13, 2009

Berita Kematian.. Al-fatihah...

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri Ibrahim (Vokalis Rabbani). Kurang 1 jam tadi saya dimaklumkan ayah kepada sahabat saya pula telah kembali menemui ALLAH SWT dikatakan mengidap Paru-paru berair. Salam Takziah buat Masliza bt Baharim di Jenderak Utara, Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH hendaknya.
Memang setiap masa & ketika, tak kiralah tua atau muda, ada jek orang meninggal. Sesungguhnya berita-berita kematian ini menjadi peringatan yang sangat besar kepada kita untuk lebih menginsafi diri dan ingat bahawa DUNIA ini hanya SEMENTARA.
Saya berpesan pada diri saya sendiri terlebih dahulu dan untuk sahabat ziarah juga, Kita boleh mati bila-bila masa aje. entah-entah esok jek? mungkin lusa? siapa tahu mungkin juga beberapa minit lagi? Mati tidak mengenal usia, miskin atau kaya & sama ada yang sihat atau sakit. Yang bekerja atau yang tengah duduk 'rileks'. Bila tiba masa kita, Malaikat Maut pasti datang melaksanakan tugasnya. Tatkala itu, kalau kita nak menjerit sekuat hati minta tangguhkah saat kematian kita pun dah tiada gunanya lagi.

Apabila nyawa sudah ditarik, apa yang tinggal pada kita?? Apa bekalan yang kita bawa untuk berjumpa yang Maha Esa?? Allah akan nilai apa dari kita?? adakah harta kita? adakah pangkat kita? Wahai diri.... sementara masa masih ada, sementara badan masih bernyawa, marilah kita sama-sama membuat seberapa banyak amalan yang boleh.
YaALLAH... ampunkanlah kami, dan tunjukkanlah kami ke jalan yang ENGKAU redhai.
p/s : teringat roti canai arwah.. al-fatihah...

Lagi Tentang Rezeki

TIADA REZEKI?
BELUM REZEKI?
ATAU BUKAN BAHAGIAN REZEKI KITA?

Berbicara tentang rezeki kembali, rezeki ALLAH swt anugerahkan dalam pelbagai bentuk. Tangible mahupun intangible. Samada bentuk wang, gaji, pekerjaan, makan dan minum, malah perkahwinan, jodoh, kejayaan dan kesusahan juga merupakan rezeki yang diberikan. Tetapi ia kembali kepada pucuk persoalannya, bagaimana kita melihat rezeki itu melalui mata hati supaya nikmatnya sesuatu perkara itu dapat kita hirup walau dalam sedikit nilainya.
Siapa yang tidak mengenali adik Nik Nur Madihah pelajar Maahad Muhammadi Lil’Banin, Kelantan. Kejayaan adik Nik Nur Madihah mencapai keputusan yang cemerlang walau didalam selut kepayahan harta benda mengalahkan pelajar lain yang lemas di lautan kemewahan. Kenyataan ayah adik Nik Nur Madihah yang mana mementingkan sumber rezeki yang halal amat lah saya kagumi. Malahan sifat berusaha dan qana’ah mereka walau di beri sedikit rezeki berbanding yang lain mampu menjadi contoh kepada semua rakyat Malaysia saat ini.
Bersifat qana’ah tidak bermakna seseorang itu akur dengan kehidupan tetapi bersyukur seadanya sambil berusaha meraih sumber yang halal dan menghalang diri dan keluarga dari mendapati rezeki yang haram hanya kerana mahu melipatgandakan pendapatan.
Sesuatu kesusahan itu adakah bermakna tiada rezeki kita atau adakah ia lebih bermakna itu bukan bahagian rezeki kita?
Mungkin kadangkala kita tidak menyangka rezeki mampu menjadi alasan kepada suatu pergolakan, samada di dalam diri atau dengan orang lain. Mungkin ya ada bahagian rezeki itu bukan milik kita, namun ia bukanlah tiada rezeki langsung. Mungkin keluarga Nik Nur Madihah tiada bahagian yang lebih pada pendapatan dan pangkat, tetapi apa yang keluarga ini miliki seperti hati dan jiwa yang kental merupakan rezeki lebih buat mereka berbanding kita. Cuba diletakkan kita di dalam gelora kesusahan, mampukah kita meranduk bah itu seperti mereka?
Lumrahnya, ada perkara yang tidak mampu kita miliki atas ketentuannya, tetapi yang pasti ada kelebihan lain yang ALLAH swt tampungkan buat kita.

Iqrar

Berkongsi antara lagu kegemaran, kaset (album Rabbani) dilagukan oleh : Allahyarham Ust. Asri Ibrahim yang saya beli sekitar tahun 1999 kot kalau tak silap saya... hingga hari ini masih tersimpan sebagai koleksi lagu-lagu pilihan.. Susunak kata dalam lirik lagu ini amat terkesan.

IQRAR
Ku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
Ku bersaksikan Muhammad lah pesuruh Allah
Ku berjanji
Malam siangku redha untukmu
Ku berjanji
Hidup ini amal ibadah untukmu
Ku berselawat atas-Nya
Memohon sinar syafaat
Tiap titis Kasih sayangnya
Tiap saat ku merindu
Tiap detik ku ingat
Semoga diri disayangi
Menikmati hebat cinta suci
Ku bersaksi tiada
Tuhan melainkan Allah
Ku bersaksikan
Muhammad lah pesuruh Allah
Ku berjanji
Malam siangku redha untukmu
Ku berjanji
Hidup ini amal ibadah untukmu
Hadirmu bagai purnama
Menerangi malam gelita
Aku menumpang kehangatannya
Dari kedinginan jiwa
Tiap saat ku merindu
Tiap detik ku ingati
Semoga diri disayangi
Menikmati hebat cinta suci
Ku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
Ku bersaksikan Muhammad lah pesuruh Allah
Ku berjanji
Malam siangku redha untukmu
Ku berjanji
Hidup ini amal ibadah untukmu

Wednesday, August 12, 2009

Alfatihah

Al-Fatihah.... Bismillahirohmanirrohhim...
Baru sekejab tadi saya dikejutkan beritakan Ustaz Asri Rabbani telah meninggal dunia jam 11.00 tadi. Time tu saya sedang mendengarkan lagu yang dinyayikan oleh beliau 'Handzalah'. Saya secara pribadi memang meminati mendengar lagu serta alunan zikir yang dialunkannya. Pertama kali dalam hidup saya membeli kaset adalah pada tahun 1999 kalau tak silapla.... masa tuh ulbum Rabbani berjudul 'ARAH'. Hingga hari nih saya masih simpan dan terus memiliki koleksi alunan zikir arwah.
Takziah buat keluarga arwah.. semoga arwah ditempatkan bersama para solihin.
Bila cerita bab mati dan mendengar berita kematian.. memang sesuatu yang menginsafkan.. tp MATI itu PASTI... kita sendiri tak tahu masa bila kita akan mati.. dimana kita akan dikuburkan.. dan keadaan yang bagaimana kita akan dijemput... Ingatlah wahai diri... mati bila-bila masa akan tiba.

Tuesday, August 11, 2009

Zikir Amalan


Dalam suasana yang sekarang ni, memang semua orang susah hati dan sentiasa berjaga-jaga.. Semuanya gara-gara H1N1. Ada zikir yang diajarkan kepada kita dan memang kita juga dituntut untuk mengamalkannya pagi & petang. Saya menyeru dan mengingatkan diri saya sendiri terlebih dahulu untuk mengamalkannya. Zikir ni juga terkandung dalam Zikir Al-Mathurat.

Sunday, August 9, 2009

DOA Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatasKau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah.. Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah... Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu. Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya. Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah... Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu. Sekiranya aku engkar dan derhakaBerikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu.

Ya Allah... sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu. Aku buta tanpa bimbinganMu. Aku cacat tanpa hidayahMu. Aku hina tanpa RahmatMu. Ya Allah.. Kuatkan hati dan semangatku. Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu. Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah. Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu. Kerana aku sedar hinanya aku. Kerana aku insan lemah yg kerap keliru. Kerana aku leka dengan keindahan duniamu. Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu. Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu. Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa dihati. Ya Allah, Kau sejahterakanlah keluarga kami seperti mana keluarga keluarga yang telah Kau redhai

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. :)

Thursday, August 6, 2009

Tahniah Kelahiran Orang Baru


Saya diberitakan sahabat saya baru saja meyambut kelahiran anak ke-3, dikurniakan seorang putera yang saya pasti kehadirannya sangat dinanti-nantikan. Tahniah buat Fida & Lan (Rafidah bt Shamsuddin & Mohd Azlan bin Atman) di Melaka, semoga kebahagian & kedamaian seisi keluarga akan bertambah atas kelahiran ini.
Kegembiraan ini tentunya kita sandarkan rasa syukur yang melimpah kepada ALLAH. Syukur atas nikmat & rezki kurniaanNYA. Syukur atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan mamanya. Syukur atas kehilangan rasa runsing dan syukur atas segala-galanya.
Tahniah sekali lagi buat Fida & Lan dan syabas atas kelahiran orang baru semoga bertambah keceriaan dan kasih sayang dalam keluarga kalian. Aminnnnn