Salam Ukhwah

Wednesday, May 21, 2008

Siapa Sebenarnya Kita?

SIAPA SEBENARNYA KITA?
Sebelum memulakan seminar,Prof.Ibrahim mengeluarkan duit rm100 dari dompetnya.Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.Siapa nak duit ni?? Tanya Prof Ibrahim..Semua peserta mengangkat tangan? Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu,tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu? Prof Ibrahim meramas ramas duit itu hingga renyuk.Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: ?Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?? Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan.Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. okey apa kata kalau saya buat macam ni??Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh tenyeh dengan kasutnya..Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja.Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.?sekarang siapa nak duit ni?? Tanya Prof Ibrahim. Selesai dia bertanya,lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.
ha apa yang boleh kita kutip drpd persitiwa itu tadi?? Tanya prof.Ibrahim Pesertanya hanya diam,dan sesetengah nya hanya menggelengkan kepala.Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof ibrahim. ?Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni,kamu tetap mahukannya.BEtul tak?Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak.? Kata Prof.Ibrahim.Semua peserta yang mendengar kata katanya hanya tersenyum. Prof ibrahim mengaitkan persitiwa itu dengan kehidupan seharian.Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan,hati hancur, ataupun dihina.Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung. Tapi walau apa pun yang telah terjadi,ataupun yang akan terjadi,anda tidak akan hilang harga diri.?bersih atau kotor,renyuk atau licin,anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.? Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapayang kita kenal tapi siapa sebenarya kita...? jelas prof ibrahim.

Jangan Bersedih... La Tahzan..........

(Gambar Hiasan)


Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas Jangan Bersedih...Semata- mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
Jangan Bersedih...Sesunggu hnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah Jangan Bersedih...ALLAH sentiasa bersama kita

Hikmah Melihat Org yg Kita Syg Disaat dia Sedang Tidur

Renungkanlah dan lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..Pernahkah kita menatap orang-orang yang kita sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah kita saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu kita... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai, sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya... Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan kita.
Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salahfaham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA... ..
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "